May 26, 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Alhamdulillah.. tahun ni adalah tahun ke 11 saya menyambut Hari Guru.. tahun ke 11 bergelar pendidik.. sepanjang sebelas tahun ni dah macam-macam subjek saya ajar...asalnya dulu option masa kat KPLI ~Kimia-Pengajian Am.. tapi dua-dua subjek tu saya tak ajar.. sepanjang 11 tahun ni mengajar Add Math dan Fizik..4 tahun ajar Sains form 3..3 tahun mengajar Pendidikan Moral Form 4..dan 2 tahun mengajar Matematik Moden Tingkatan 4 dan 5 dan 2 tahun mengajar Sivik dan Kewarganegaraan. 

Sambutan Hari Guru tahun ni sederhana tetapi meriah..saya rasa kebanyakkan sekolah di Malaysia tahun ni menyambut hari guru dengan tema Kembali Ke Sekolah...Bermula dengan pencarian semula gambar-gambar lama masa bersekolah.. cari uniform baru kat Kedai.. dari tudung, baju, kain dan kasut..mengalahkan budak-budak nak masuk sekolah.. ooo bukan saya sahaja..hampir semua guru-guru di sekolah saya..(sekolah saya mengajar ni memang sangat komitmen kalau ada penganjuran bertema-tema ni) 

Hari itu saya ke sekolah bukan dengan pakaian baju berbunga atau tudung berwarna..tapi..


dulu masa sekolah pakai baju putih biru ni masa tingkatan 1 dan 2..lepas tu pakai baju biru sebab dah jadi  pengawas masa tingkatan 3 sampai tingkatan 5... memang rindu nak pakai baju putih ni..

makan kat kantin pakai baju sekolah sambil digiat oleh pelajar

sanggup beli beg baru tuh

ini ialah pengetua kami..memang sporting sangat..sesuailah dia dengan jawatan Pengetua Cemerlang..tabik bos

ini adalah pasangan suami isteri kat sekolah saya.. dengar cerita bercinta zaman sekolah lagi...ni nak mengimbau kenangan la yer..haha..suka sangat gambar ni
bilik guru hari itu dipenuhi pelajar...takde sorang pun guru datang sekolah..hihi

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan Berjanji
Mendidik dan Memimpin
Putra Putri Negara Kita

Pada Seri Paduka
Kami Tumpahkan Setia
Rukun Negara Kita
Panduan Hidup Kami Semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara Yang Tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami Tunaikan


No comments: