Apr 2, 2013

CUTI SEKOLAH BULAN MAC 2013 ~ KENINGAU

Sebelum nak cerita pasal cuti sesungguhnya minggu sebelum cuti sekolah seminggu tu saya rasa cukup main banyak kerja sampai kat sekolah nak bercakap pun tak kuasa.. memang jadi SU SPM kerjanya bermusim ..tapi bila musimnya dah sampai adoi aiii tak menang tangan.. pendaftaran dan analisis SPM berjalan seiring disertai menanda 5 set kertas ujian dan menjadi Ketua Panel Pemilih penerima Anugerah Hari Kecemerlangan sekolah..dan..tetiba KB mintak semua buku RPH yang lengkap ++ maklumat dalam tu semua dalam minggu tu juga..sempatlah saya selesaikan semua. Jadi cuti sekolah tu rasa memang cuti lah sangat...berbaloi betul rasa..

Kebetulan cuti kali ni..adik ipar sekeluarga datang ke rumah kami..seminggu lah jugak kami berprogram bersama.. penuh cuti..

Sebenarnya dia datang sini mendaki gunung Kinabalu..jadi isteri dan anaknya tinggal sekejap dengan kami..

mana kami bawa bini orang ni..hehe gi Pasar Malam Keningau je..

apa yang kami cari di Pasar Malam Keningau..emm

ini namanya kentang pusing...

jagung manis

dan kuih kuih..tengok kak yin..fokus

 Lepas tu kami ke Pasar Tamu Keningau..beli belut..ye ini adalah kali pertama makan belut..beli hidup-hidup..jadi saya memang tak berani nak siang..serahkan pada yang pakar..belut ni saya masak lada hitam...sedap..isinya lembut dan tak hanyir pun..kami beli 3 ekor sederhana besar ..RM18 seplastik..tak taulah pulak berapa beratnya

baru tahu belut ni banyak darah rupanya...darah macam darah manusia..huhu
ini pemerhati sahaja masa orang menyiang belut...tukang-tukang sibuk...haha
Apalah yang kakak yin usik pak uda agaknya

oklah...nanti saya sambung lagi aktiviti cuti kami...daaa

No comments: