saya sengaja menulis entry ini untuk mereka...ini adalah tahun kedua saya mengajar Sains Tingkatan 3...sepanjang mengajar selama hampir 11 tahun saya jarang dapat mengajar tingkatan 3..disebabkan masalah kekurangan guru maka saya diberi satu kelas sains bermula dari tahun 2011..satu pengalaman baru...sebab bila mengajar tingkatan 4 dan 5 kita jarang mendengar pelajar mengadu itu ini di kelas..contoh "teacher dia ambil barang saya..dia usik saya..dia itu..dia ini.." sungguh !..mula-mula dulu memang saya lemas, rimas...rasa berserabut..perkara begini biasa berlaku masa awal-awal tahun...mungkin masa tu mereka terbawa2 lagi sifat keanak-anakkan tingkatan dua...tapi bila dah lama mengajar ada satu perkara yang saya sedari...mereka lebih mudah menerima nasihat...mungkin mereka masih lagi di dalam fasa rebung...belum lagi menjadi buluh agaknya..hehe
muka giler bergambar masing-masing
mesra alam semuanya
macam-macam perangai
saya sudah habiskan silibus sains minggu lepas...selepas ini bermula sesi ulangkaji pula...di sebabkan guru fizik tingkatan 5 cuti bersalin saya terpaksa mengajar fizik tingkatan 5 dan kelas ini akan saya tinggalkan...saya agak terkilan...tapi apa boleh buat.. :( kesian melihat mereka terumbang ambing di sogok dengan guru-guru ganti yang memang sangat mengganti (huu huu)...
No comments:
Post a Comment