Dec 27, 2012

Taman Hutan Lagenda , Gunung Ledang

Di akhir-akhir cuti di kampung sempat kami berkelah di sini.. Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang
tempatnya nyaman...tak ramai orang.. nak mandi pun tak rasa kekok ...selesa..tempat salin pakaian..tandas surau semuanya disediakan dan dalam kedaan yang sangat baik.

walaupun suami tak berapa sihat ..kami terjah jugak...anak-anak pergi tak mandi pun dari rumah..bangun tidur terus pergi..dasyat memasing.. bekalan makanan pun kami singgah beli kat Pasar Tani Telok Mas je.. haha..
murtabak..nugget segala jenis.. roti..kek..air...semua pakat  beli...sebab pergi pun macam rancangan mengejut gitu... nak masak memang tak sempat..



ambil dari http://themttrekker.uuuq.com/gunung_ledang_sagil.html


pintu gerbang.. yang duaorang itu adalah suami dan adiknya...lawatan awal

ada resort untuk di sewa

kalau nak buat program untuk budak sekolah memang ok sangat2


budak ni mandi sekejap je...pastu meraung sejuk

nyaman je



papa mandi...ariq tengok je

kak yin mandi memang tak nak keluar...saje je dia..apah tak sejuk




Dec 23, 2012

Bertunang

Bukan saya...sepupu... saya bertunang lamaaaa dulu.. 19/09/99 .... dekat 14tahun dah..Sebenarnya jarang sangat dapat menghadiri majlis macam ni..maklum duduk jauh dari keluarga dan sedara mara..selalu je terlepas peluang menghadiri hari bahagia kaum kerabat..huhu

Sepupu saya ni namanya Marzaniatul Fadhilah..anak saudara mak.. anak makngah yang no 4...orangnya sempoi betul..bekerja sebagai jururawat..kalau bab melayan sepupu sepapat dialah yang paling rajin...bawak ke sana sini berjalan..tu yang semua teruja nak tengok kak mar bertunang...kui kui..

 meriah majlisnya.. serba merah... harap-harap kalau kahwin nanti berkesempatan le menghadirkan diri


sedang berdebar menanti disarungkan cincin..

saat yang ditunggu telah tiba...jeng jeng jeng...muka kontrol

tetamu yang kepoh sesangat

anakanda ku yang sakit perut muntah-muntah..sempat lagi posing baik punya

sepupu sepapat yang sikit-sikit..kak mar..kak mar..manja bebenor..haha

makngah..yang sebelah kiri..sebelah kanan yang gebu ni mak cik..

sedang menunggu rombongan peminangan

hantaran ...kuih bakar tu mak yang bagi..tempah bukan buat pun..

 Walaupun pada hari kejadian saya tak sihat tapi sempat jugaklah mengambil gambar..tapi seperti biasa..gambar sendiri takde..



Dec 20, 2012

Atuk

Saya masih mempunyai atuk...sebelah mak dan sebelah ayah..nenek sebelah mak dan ayah sudah meninggal keduanya... balik kampung kali ni..memang atuk saya sebelah ayah uzur benar keadaannya..usia mencecah hampir 100 tahun...dia kena strok tahun lepas...jadi bila dah uzur benar mak bawa balik ke rumah kami supaya senang di uruskan..

moga mak sihat sentiasa...

dan atuk pun sejahtera hendaknya

bilik ni mak buat untuk atuk
Atuk saya adalah guru mengaji saya..bekas imam surau di kampung.. orangnya tak banyak hal..senyum sentiasa..dan kadang2 lucu jugak....tapi masa ajar mengaji dulu dia garang... semoga sejahtera hendaknya...dan semoga mak ayah diberi kesihatan yang baik menjaga orang tuanya...AMIN

Nov 20, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN KE 4 CIK NUR ZUYYIN

Alhamdulillah 18 November lalu kakak Nur Zuyyin genap 4 tahun...tahun depan kakak nak gi sekolah dah...kakak dah macam anak dara..versi kecil..pandai dah nasihat mama ..pandai dah tolong mama.. tapi masih tak boleh berenggang lama-lama dengan mama.. Mama doakan Nur Zuyyin sentiasa sihat..cerdik..dan positif selalu.. mama love che en.. kakak zuyyin selalu bagitahu mama " che en bagi mama love..mama ambik love che en..mama bagi che en love ..che en ambik love mama..:).." berbunga-bunga hati mama..

Kali ni kami sambut biasa-biasa je..tiap-tiap tahun pun tak ade yang luar biasa.. sekadar mendoakan kesejahteraan yang berpanjangan..



Pororo The Little Penguin kegemaran Che en... dia teringin betul nak makan pintu...

bersama-sama kawan-kawannya

dapur mama kat KFC je...mood nak balik kampung dah...malas nak masak..kui kui

kesayangan mama..yang lebau...
* sorry papa..gambar you tak delah.. :)

Nov 16, 2012

SEKELUARGA

Aktiviti ni masa iring budak pengakap kat Tenom... pengiring sahaja ..jadi mama papa kakak dan ariq pun bergambor je le...sementara menunggu kakak dan abang2 yang berkhemah tu berkemas..

hero hero malaya

ariq mama dan cik` yin

si lebau

si kudut

Oct 29, 2012

PUZZLES

ada banyak jenis puzzle yang jual kat kedai mainan sekarang ni..seronok tengok..ada yang besar-besar..ada jugak yang kecil sangat yang tak sesuai untuk budak umur 3 ke 4 tahun macam anak-anak saya..mula-mula dulu saya beli yang kecil-kecil tu..mama terlebih imaginasi ingat budak-budak ni gigih lah sangat nak buat..mama dia pun tak sanggup nak cari satu-satu..haha..yang lagi sedihnya last-last jadi SAMPAH je dalam rumah..alahai..

menurut kajian puzzle ni bagus untuk kanak-kanak sebab mengajar anak anda tentang


Problem solving

Even the simplest of puzzles require toddlers to think and develop different approaches to achieve a single goal. They analyze and use their grey matter as they put together the pieces of the puzzles. These toys directly impact their problem solving and reasoning skills which help them grow well in their professional as well as personal life.

Cognitive skills

Apart from solutions and reasoning, toddlers learn shapes, colors, sizes and a deeper understanding of how a small unit forms a part of the whole set. The puzzles may vary depending upon their theme and can be helpful in solidifying the basics like alphabets, numerals, animals, fruits and much more.

Hand eye coordination

While putting the right shapes into their correct spaces or putting together pieces of a castle, toddlers work on their hand eye coordination. The wrong piece obviously does not fit and they have to try all over again. This trial and error helps them to do what they actually see.

Motor skills

Solving a puzzle requires children to pick up the objects, sort them, slot them and fit them without any breakage so these educational toys refine their motor skills. Motor skills are required for eating, writing and for manipulating almost anything.

Confidence

The kind of satisfaction children get from solving the entire puzzle is unmatched by any other kind of toy. Their self confidence increases manifolds by the accomplishment and the praise that follows thereafter. As the games get more challenging, they also learn other social skills like the importance of cooperative play, how to take things to their completion, how to handle frustration and never-say-die attitude.

While exercising is meant to keep the body fit, puzzles and mind teasers for toddlers are meant to keep their mind fit. These educational toys prepare children early in life for the competitive world out there without compromising on fun. Give you child the best puzzles and let them face the world with confidence.



info dari :squidoo.com




lepas tu ..beberapa bulan lepas saya ke toys r us..cari mainan yang sesuai untuk budak-budak dua rang ni..akhirnya jumpalah puzzle yang besar-besar ni..memang budak dua orang teruja betul...sekarang dah expert dah buat benda ni...seronok tengok



saya beli yang ini dari learning journy pearson  RM 49 satu set..tebal..besar dan senang di pegang


kakak zuyin memang suka sangat main ni
gambar pun cantik
ariq pun suka jugak...
yeayyy dah siap...

lagi satu saya beli yang ini pulak

dari frank education

ada banyak siri...sediakan duit je lah ye...yang ini murah je RM 15 satu set..kertas pun kualiti..senang nak sambungkan..

lebah minum madu bunga :)..ariq dah tahu ni..yeyayy
ular makan telur sama tikus..early science education..:))
kalau ada kesempatan..bolehlah tambah siri puzzle ni lagi..cuma lepas main kena lah jerit..kakak...ariq..kemas balik..muahahaha

Oct 18, 2012

Hari Keluarga

bulan ni dua kali turun KK...biasanya jarang-jarang kami turun ...tapi atas urusan yang tak dapat di elakkan kami pergi juga...

sesekali bawak anak-anak jalan..

oh ya saya sangat suka bawak diorang sekarang ni sebab dua2 dah pandai duduk belakang dalam kereta..siap pakai tali pinggang lagi...jadi mama dia tak payahlah berhimpit ..penat woo kalau nak berpangkuan dari Keningau KK..dua jam setengah tuhh

lagipun selesa sikit mereka nak tidur kalau dua orang je kat belakang tu

ariq tidor...dengan bantal kesayangan

muka monyok baru bangun tido

pergi mana?

kami jalan2 kat Suria..lepas tu gi Perdana Park gi makan kat Gayang..dan tak lupa sarapan kat Grace Point


selepas bersarapan...

jalan-jalan sekitar grace point

papa mencuba nasib

ariq senyum poyo..kaki baru kena cuci sebab tecelop dalam longkang..adoilah

kakak dengan gaya model bawah pokok.
hari keluarga yang meriah...bermalam di Kk..esok balik........... best best...

Sep 25, 2012

NOVEL PILIHAN

membaca adalah hobi sejak dulu..masa kecik buku pertama yang berjaya saya habiskan ialah sebuah novel pendek tentang kisah-kisah nabi..ada 25 siri ..semuanya saya baca..pinjam dengan perpustakaan sekolah. Dan kisah pertama yang saya baca ialah kisah Nabi Muhammad S.A.W..masa tu darjah 3..

lepas  tu siri penyiasatan Nancy Drew ..tak ingat dah berapa banyak saya baca
ada banyak siri ...penyiasat tiga sekawan

lepas tu..masuk darjah 4 saya jadi pembantu perpustakaan sekolah..waa..kebanjiran buku ..sangat seronok..pantang proses buku baru..saya cop dulu..hehe..

masuk sekolah menengah mulalah baca novel remaja..Budak Sertan..Bunga Jantan..banyak lagilah cerita2 Ahadiat Akasyah..

ada beberapa novel masa sekolah yang saya suka baca sehingga ke hari ini..antaranya

Badai Semalam karya Khadijah Hashim...ntah berapa kali saya ulang..sampai dah boleh cari bahagian-bahagian yang saya suka di muka surat mana...watak Mazne..Karim..Zaki..sentiasa bermain di kotak fikiran..haha ..lorat
buku yang saya baca dulu terbitan dulu-dulu..yang ni baru..

lepas tu saya gile baca cerita karya Abd Talib Hasan~ (biasa pinjam kat Perpustakaan Bergerak yang datang seminggu sekali..)

Pelarian..juga berapa kali sudah saya ulang..saya suka karya Mutalib Hasan kerana prinsip penulisannya begitu kena dengan jiwa saya..tidak melebih untuk setiap watak..rasional dan misteri ..
secara peribadi saya suka baca buku tulisan penulis lelaki..nampak lebih realistik bila menulis..bukan idealistik..hehe
baca buku ni masa tingkatan 3

Sutera dalam lukisan karya Abd Talib Hasan juga menjadi pilihan...tak sangka pulak novel ni jadi novel subjek sastera 2011. Mungkin kerana ada unsur motivasi dalam novel yang ingin diketengahkan

Korban Kasih...novel yang menuntut pengorbanan air mata yang tak berkesudahan..sedih ..menangis sampai bengkak mata..kisah kasih keluarga dan pilih kasih dalam keluarga memang begitu mudah menyentuh jiwa saya.. Karya Fatimah Saidin

Bila Sena Kembali Berbunga..ini adalah novel pertama yang saya beli..kedekut ek..biasa pinjam di library atau dengan kawan-kawan je.
novel ni pun ok jugak..kegagalan akan membawa kepada inspirasi untuk berjaya..gagal bercinta, gagal dalam pelajaran akhirnya bangkit semula mencari jati diri..saya suka..

Masa kat U dulu suka baca novel Inggeris.. yang masih saya ingat adalah karya Judith Mc Naught..yang ini adalah yang paling saya suka


baca sampai tengah malam sebab tebal giler..kisah remaja yang jatuh cinta terlanjur ..kawin..berpisah dan bertemu semula selepas 10 tahun..best..siap ada tentangan keluarga ala2 hindustan gitu..haha

banyak juga novel melayu yang saya baca..tapi tak berapa melekat di hati..kalau cerita pasal anak datuk..tan sri..hero hensem giler..heroin cun habis..oo sangat ideal bunyinya..jadi saya rasa macam sama je walaupun tajuknya berbeza..
novel ni saya ada beli
cerita ni pun cerita romantik ..cerita lama..tentang cinta selepas kawin..sorang English..sorang Scotland..masing2 membenci tapi akhirnya mencintai bila mengenali...ada banyak insiden yang berlaku yang buat kita rasa syok gitu...haha

selepas bekerja saya makin kurang membaca novel..mengadap buku budak lah pulak kan...
tapi ada satu teks satera tingkatan 5 yang buat air mata saya jatuh bila baca ..


kisah perjuangan anak miskin untuk mencari kejayaan dalam hidup ..kebun nenas..paya dan lurah ..dengki khianat kaum sebangsa..cinta yang tertinggal angkara kemiskinan bangkit semula..menjadi orang yang di segani..mencari semula kenangan yang lupt dan restu ibu untuk memperisterikan anak bekas musuh ibunya..ohh..puas hati...karya Ismail Kasan

dan cerita terbaru yg meninggalkan kesan di hati ialah


santai tapi banyak mesej tersembunyi..sindir dalam diam..memandu dalam sopan..banyak peringatan yg dapat di ambil walaupun ia sebagai rujukan untuk watak sahaja tetapi terasa seperti untuk orang yang membaca pula..novel cinta islamik..