Oct 19, 2009

Semakin Hampir

Semakin hampir dengan SPM. Zup-zap dah nak hujung tahun...kejapnya masa berlalu...bila aku tengok rancangan mengajar tahun ni..aik sikitnya...lupa pulak yang aku cuti bersalin 2 bulan...


Ada beberapa perkara yang perlu di kemaskini untuk pelajar SPM...berat sebenarnya tugas SU SPM ni..nasib baik ada Kak Rita yang sangatlah sportingnya sebagai pembantu SU..

Jumaat lepas telefon Jab. Pendidikan..tanya pasal tiket percuma...sadisnya rasa sebab tak dapat tiket tahun ni..masih menunggu peruntukan..pastu beli lah tiket air asia..nasib baik ada lagi yang murah..huhu..kalau tak...aduhai...5 orang tu pergi balik...maunya duit habis atas angin je..
tak pelah..guna tiket percuma tu nanti untuk raya tahun depan..

Hujung tahun ni mak uda nak kawin dah...selamat meninggalkan zaman bujang wahai adikku...semoga menjadi suri yang membahagiakan....tinggal lagi sorang bujang mak...yang tu lama lagi rasanya...

Nak masukkan post masa buat rumah terbuka hari tu...tapi sampai sekarang tak upload lagi gambar semasa hari kejadian ..hehe..jadi tertanguh-tanguh sampai sekarang..nantilah..esok lusa..post ni pun ditulis setelah terasa begitu lama blog ni sunyi sepi...cam tak de penghuni pulak..

2 comments:

ONE ZABA said...

tanda-tanda tahun dah nak hujung la tu.

santalia said...

Ye masa begitu pantas. Cepatnya ia berlalu. Aku baru jumpa anak murid aku dah bawak 6 orang anak. Hu hu hu kalah cikgu dia.