Oct 25, 2009

sekolah.. aku dan mereka

Walaupun fikiran saya agak terganggu dua tiga hari ni...tapi rasa bersemangat pulak nak menulis...semenjak dua menjak ni rasa ikatan kami guru2 di sekolah macam rapat sangat...terpikir jugak dalam kepala saya..dapat ke saya budaya keluarga yang sama kalau saya pindah balik melaka nanti...sekolah ni kecik je...tapi sebab kecik tulah agaknya kami baik ..tak de berpuak-puak..kalau kecik hati sana sini tu adatlah...tapi Alhamdulillah dapat diperbaiki mana yang kurang...

Tercabarkah menjadi guru zaman ini...ya sangat tercabar dan mencabar..mendidik bukanlah satu tugas yang mudah...bila memandang muka mereka sebagai remaja belasan tahun..terasa bahu sendiri yang berat...dapatkah saya membentuk seorang manusia menjadi insan..sedangkan cabaran kelilingnya begitu banyak sekali..dapatkah saya naikkan kembali martabat guru yang kadangkala dirasakan di bawah tapak kaki..bukan sekadar memberi ilmu tetapi juga memberi panduan..supaya tiada yang tersilap walau tidak dinafikan juga kadang-kadang terkilaf..

Sejak dipostingkan di Keningau tahun 2002..sehinggalah 2009 ni dah ramai rasanya pelajar yang saya ajar..kadang-kadang dah terlupa muka bila bertemu..maklum..masing-masing dah besar panjang ..ada yang masih ingat ada jugak yang buat-buat tak nampak..hehe..segan mungkin kot..tapi tak apalah..kerana doa saya sentiasa mengiringi mereka..semoga berjaya hendaknya wahai pelajarku..dunia dan akhirat...AMIN.

Hari tu ada ambik gambar kat kantin sekolah...syahdu sebenarnya kantin sekolah kami ni ..sebab pilihan makanannya sangatlah terhad...tapi disebabkan di sinilah tempat kami bergelak ketawa sambil menjamu selera di awal pagi...semuanya pun terasa sedap...cuma akhir-akhir ni cikgu2 rajin bawak bekal dari rumah ...(sambil dijeling oleh makcik kantin)..tak pe kami tetap oder air di kantin bah..

3 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

Safiya said...

BAGUSLAH KLU X BERPUAK2.... DI TPT SYA BEKERJA SGT TRUK TAU. SY SLALU PK NAK CARI REZEKI JE.. KLU SYA MILLION DOLLAR WOMEN LAMA DAH SYA BYE BYE..

santalia said...

Kantin sekolah aku menunya sama. Mee Hoon Sop. Nasib baik tender habis tahun ni. Harap-harap yang baru ni nanti ada perubahan.