1 Syawal
Tahun ni sambutan raya tak masak pun ketupat..masak ketupat untuk berbuka puasa yang terakhir sahaja..memang rancang nak masak nasi Arab kambing je...rasanya kurang lah penat sikit sebab nasi arab tak perlu sediakan lauk yang banyak..buat sos hadrah dan salad je. Bukan apa sebab dah banyak rumah yang masak ketupat dan lemang nanti muak pulak. Tukarlahkan menu yang lain
Tahun ni juga berkesempatan sembahyang sunat Aidilfitri. tahun lepas tak dapat buat. Awal pagi hujan turun. Sangat biasa sebenarnya 1 Syawal hujan turun. Hujan rahmat meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Tahun ni mak tak balik kampung. Adik yang kedua pun tak balik Terengganu. Semua berkumpul dirumah mak 1 Syawal kali ni.
Sambutan sederhana sahaja..tapi kemeriahannya tetap dirasakan.
|
Tahun ni kami memilih warna Kuning Pinang Masak..papa dan Ariq mencari kelainan dengan bersetanjak...belikat pasar malam je setanjak tu... |
|
Budak ni tahu dia banyak salah dengan mama...bila salam air mata bergenang...alahai besar dah |
|
dengan Atuk dan nenek pun banyak salah jugak ni...maklumlah balik sekolah transit rumah nenek..macam2 hal nenek nak layan kerenah masing-masing |
|
Alhamdulillah tahun ni mak dan ayah dapat menunaikan ibadah puasa dalam keadaan kesihatan yang baik |
|
Noorul...adik ipar...tahun ni beraya di Melaka..giliran beraya sini...tahun depan balik Kuala Terengganu ya nurul |
|
Suka gambar ni....di depan rumah jer ni |
|
Setona warna kami anak beranak dengan nenek dan Atuk |
|
Tahun ni giliran semua raya di Umbai...tahun depan mak akan balik rumah Atuk di Sri Menanti dan yang lain-lain akan balik rumah mertua...begitulah saban tahun.
Begitulah raya kami tahun ni...sederhana dan meriah...
|