Apr 25, 2018

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

Minggu lepas ada jemputan kenduri berendoi anak jiran tetangga. Lepas kenduri  ajak papa dan anak-anak jalan-jalan..cuaca pun mendung-mendung sejuk gitu..rasa macam best pulak nak berjalan-jalan.. jadi kami ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. Sebab dah berbaju kurung jadi ke muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ni rasa sesuai sekali kan..hik hik.

Sebenarnya saya dah selalu ke sini...tapi dulu berdua sahaja dengan suami...bila anak-anak dah besar ni teringin nak bawa mereka ..nak tunjuk tempat melancong kat Melaka ni...mengenalkan budaya Melayu pada mereka. Walaupun entah dapat ke tidak inputnya tu..setidak-tidaknya mereka kenal warisan bangsa, sejarah negara..


Memorial Kemerdekaan...berdekatan dengan Muzium Istana

Ariq dan mama

Di hadapan Muzium Istana...Ariq kalau ambil gambar memang over sikit gayanya

Cantikkan tingkapnya....tapi kat dalam memang gelap sikit...gambar ni kakak yang ambil..

Saya suka gambar ni....



Apr 21, 2018

RUMAH MERAH JUARA

   19 April 2018 lalu Sukan Tahunan Kali ke 42 telah diadakan di SMKDD. Tahun ni saya jadi Ketua Rumah Sukan untuk rumah merah, merangkap menjadi jurukamera untuk acara sukan..disebabkan rakan-rakan sepasukan dari rumah merah sangat sangat membantu segala urusan dapat juga dibuat dengan lancar. Alhamdulillah.

 Acara perbarisan adalah yang paling mencabar sekali bila menguruskan rumah sukan...dengan perangai anak remaja yang pelbagai ragam adakalanya buat kita rasa nak putus asa ja...mujurlah rakan saya cikgu Fadlina sangat bersemangat dan kreatif...kalau tidak tak taulah apa jadi dengan rumah merah..hihi..

Alhamdulillah pertama kali rumah merah menjadi Juara Keseluruhan untuk sukan kali terakhir di SMKDD













Selepas diumumkan Juara Keseluruhan...Yeayy





Apr 17, 2018

Anak-anak Seroja Irdina











Seroja Irdina dah beranak...5 ekor..2 jantan 3 betina..semuanya sihat-sihat belaka...Ada dua ekor yang nak bgi kawan...tunggu besar sikit dah pandai makan dan minum sendiri nanti mama bagi kat kawan-kawan mama...harap anak2 Seroja akan serasi di tempat baru...
semua gebu gebas macam Mak JAJA