Sep 4, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Alhamdulillah...terima kasih Allah atas kurniaan keamanan kepada Malaysiaku tercinta..saya yakin dan percaya semua kita anak bumi bertuah ini sayangkan Malaysia yang telah kita bina selama ini..walau begitu banyak rintangan dan dugaan yang kita lalui di tahun 2014 ini..saya rasa itu semua adalah pengajaran yang sangat berharga...ingatan dari Pencipta betapa kita perlu bersatu di saat negara ditimpa begitu banyak dugaan dan ujian tahun ini...

Sehingga kini saya masih lagi merasakan pedihnya bila kita kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17.. selama 37 tahun saya hidup di bumi Malaysia ini..inilah tahunnya saya merasa sangat sedih dengan apa yang berlaku pada Negara..kemelut politik tidak pernah mengganggu gugat emosi saya kerana saya tahu itu adalah rencah pemerintahan atau kerakusan individu terhadap kuasa dan kekayaan Negara...tetapi kesan dari tragedi MAS sangat menyentap jiwa..semoga mereka yang telah dipanggil Allah dalam tragedi itu aman di sana...AMIN

Seperti tahun tahun sudah sambutan kemerdekaan memang diadakan di sekolah...tahun ini Hari Warisan diadakan agak meriah..pertandingan pidato, nyanyian lagu patriotic, melukis poster, peragaan baju tradisi, bersyair...sambutan sangat menggalakkan..






pemenang melukis poster Hari Warisan

ini pelajar tingkatan 5 saya...

dengan pakaian tradisi masing masing

saya mengajar add math dan fizik di kelas ini..bermakna ada 10 kali pertemuan setiap minggu dengan mereka..

ini adalah penari sekolah dari Kelab Kebudayaan

peserta pertandingan baju tradisi Sabah

barisan guru guru yan mengambil bahagian dlam acara pakaian tradisi

Sambutan Hari Warisan berjalan lancer...walaupun sederhana tapi sangat meriah dan bermakna