|
Hujan petang mengiringi kem perdana smsfx 2014 |
Tahun ni Kem Perdana sekolah diadakan 3 hari dua malam di Bunsit.. saya bertugas sebagai jurufoto.. sepatutnya acara perasmian tu saya ada..tapi tak dapat datang atas sebab tak dapat dielakkan...jadi saya minta guru lain menggambar hari pertama tu...esoknya baru saya datang...tahun lepas tempat yang kami buat kem perdana agak sempit dan lecak...tapi kali ni kawasannya memang sangat selesa..
Kem Perdana tak penat sangat..tak perlu sediakan makan minum pelajar...semua mereka urus sendiri..guru-guru memantau sahaja..
Sepatutnya petang hari kedua tu ada ceramah...tapi dibatalkan dan digantikan dengan perlawanan bola tampar antara Unit Beruniform
Dulu masa saya berkhemah di sekitar Bunsit keadaannya agak kotor dan tak terjaga...tapi mungkin dengan pengurusan baru keadaan sekitar memang bersih..keperluan tandas dan bilik air pun ok..biasalah kawasn sekitar jeram..malamnya memang sejuk...kebetulan pulak sekarang musim hujan...nasib baiklah tak berapa lebat...jadi khemah pelajar tak delah terbalik atau basah teruk macam tahun lepas...
|
ini adalah budak pengakp yang telah selesai laluan berhalangan yang sampai dua jam awal dari kumpulan lain |
|
ceria zaman remaja |
|
pergi berkhemah..kena masak sendiri tapi ..boleh plak bawa dapur gas kan...mudahnya berkhemah zaman sekarang.. |
|
tempat berkhemah ni ada sungai yang cantik dan bersih...sebab sumber air mudah kat sini makanya tempat ni dipilih untuk berkhemah |
|
senaman pagi |
|
cikgu roy sedang membawa buluh merentasi jambatan gantung |
|
antara aktiviti pelajar |
|
kawasan sekitar tapak khemah |
|
sewaktu merentasi kawasan hutan semasa aktiviti laluan berhalangan...Puan Babi dan anak-anaknya nak melintas jalan...mungkin terkejut dengan kehadiran kami..dia berdiam diri je kat sini..
|