Nov 14, 2014

Kucing-kucing Saya

Hehe...tajuk post macam kanak-kanak ..dalam 2 ke 3 tahun kebelakangan ni kucing yang saya bela tak berapa menjadi macam dulu...mungkin sebab kucing-kucing ni dah terkawin dengan baka sendiri..adik beradik ..ibu kawin anak..jadi hasilnya anak2 kucing baru yang tak berapa kuat tahan penyakit..

Tapi keinginan membela kucing tu tak pernah pudar..memang saya suka sangat dengan binatang ni..kucing yang tinggal kat rumah ada 2 ekor je..Markonah (8 tahun)..Totom (7 tahun).. pernah dulu saya ada 23 ekor kucing..makan dalam dulang besar...sihat dan gemok masing-masing..tapi
bila dah banyak yang jantan akan lari cari kawasan baru...kalau terkeluar je dari pagar rumah ada yang kena gigit anjing..mati...bila 2 ibu kucing mati ..makin kuranglah kucing saya...yang tinggal tulah 2 ekor

3 bulan lalu markonah beranak dua ekor...sekor mati..tinggal sekor anak kucing betina saya namakan MIMI...lepas tu ada sekor anak kucing kawan saya ..saya beli RM 250 saja..baka parsi ..tapi dah campur..saya namakan QUEEN..

Siapa yang paling seronok...huhu..mama dan kakak Nur Zuyyinlah....adik ariq suka juga..api pandai geram dan mendengki pun ada juga..

masa saya ambil Queen (yang kelabu bulu panjang ) dia masih menyusu lagi dengan ibunya...hari pertama ambil dia tak mau makan walaupun sebenarnya dia dah mula makan makan kering... saya bagi Markonah susukan...Alhamdulillah mau dia menyusu..siap kena jilat manja-manja lagi

inilah MIMI...perangai Ya Allah...lasak yang amat...tak tau duduk diam langsung...ada je benda yang dia nak siasat

inilah TOTOM..kucing jantan yang tak pandai kawin...duduk rumah je...gigi pun dah tak de...makan main telan je...manja tak usah cerita..comot


inilah cik Queen...sangat manja...pantang nampak nak mintak gosok...tergolek gelentang nak mintak manja...



Oct 8, 2014

Raya Haji Bakar Sate

Sebenarnya lama dah saya tak berhari raya Korban dikampung...kalau raya puasa biasanya kami balik kampung...tapi raya haji cutinya pendek..kami beraya di Keningau saja..

Tahun ni menu kami bakar sate je...buat nasi impit dan kuah kari daging..tak buat pun sambal kacang ..makan pun ala kadar je..









Sep 4, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Alhamdulillah...terima kasih Allah atas kurniaan keamanan kepada Malaysiaku tercinta..saya yakin dan percaya semua kita anak bumi bertuah ini sayangkan Malaysia yang telah kita bina selama ini..walau begitu banyak rintangan dan dugaan yang kita lalui di tahun 2014 ini..saya rasa itu semua adalah pengajaran yang sangat berharga...ingatan dari Pencipta betapa kita perlu bersatu di saat negara ditimpa begitu banyak dugaan dan ujian tahun ini...

Sehingga kini saya masih lagi merasakan pedihnya bila kita kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17.. selama 37 tahun saya hidup di bumi Malaysia ini..inilah tahunnya saya merasa sangat sedih dengan apa yang berlaku pada Negara..kemelut politik tidak pernah mengganggu gugat emosi saya kerana saya tahu itu adalah rencah pemerintahan atau kerakusan individu terhadap kuasa dan kekayaan Negara...tetapi kesan dari tragedi MAS sangat menyentap jiwa..semoga mereka yang telah dipanggil Allah dalam tragedi itu aman di sana...AMIN

Seperti tahun tahun sudah sambutan kemerdekaan memang diadakan di sekolah...tahun ini Hari Warisan diadakan agak meriah..pertandingan pidato, nyanyian lagu patriotic, melukis poster, peragaan baju tradisi, bersyair...sambutan sangat menggalakkan..






pemenang melukis poster Hari Warisan

ini pelajar tingkatan 5 saya...

dengan pakaian tradisi masing masing

saya mengajar add math dan fizik di kelas ini..bermakna ada 10 kali pertemuan setiap minggu dengan mereka..

ini adalah penari sekolah dari Kelab Kebudayaan

peserta pertandingan baju tradisi Sabah

barisan guru guru yan mengambil bahagian dlam acara pakaian tradisi

Sambutan Hari Warisan berjalan lancer...walaupun sederhana tapi sangat meriah dan bermakna

Aug 26, 2014

Rumah Terbuka

Tahun ni banyak juga menghadiri rumah terbuka di penghujung hari raya.. sana sini orang buat open house ...I je tak buat you..hahahaa...


Biasanya setiap tahun rumah ustaz Saimin..cikgu satu sekolah dengan saya ni memang setiap tahun saya pergi..dulu kalau pergi bukan masa rumah terbuka..kami pergi sekeluarga sahaja...seronok pergi rumah ustaz ni sebab dia tak duduk kawasan taman...tapi kawasan kampong yang meriah...terasa sangat suasana kampungnya..

Hampir juga tak dapat pergi rumah ustaz tahun ni sebab suami ada konvoi merdeka...tapi sempat jugalah akhirnya..
2 orang budak sebelah sya ni ialah bekas pelajar suami saya ..lepas habis belajar kerja dengan ustaz uruskan kantin sekolah kami...kaki menyakat guru-guru..huhu
 
 
 
 
bekas ketua kelas husband dulu,,,budak rokiah ni...sdondon lak ngan cikgu awak yer

iyalah tu....

macam macam gaya masing masing


budak yang paling happy sekali gi beraya


Aug 23, 2014

Kem Perdana SMSFX

Hujan petang mengiringi kem perdana smsfx 2014
Tahun ni Kem Perdana sekolah diadakan 3 hari dua malam di Bunsit.. saya bertugas sebagai jurufoto.. sepatutnya acara perasmian tu saya ada..tapi tak dapat datang atas sebab tak dapat dielakkan...jadi saya minta guru lain menggambar hari pertama tu...esoknya baru saya datang...tahun lepas tempat yang kami buat kem perdana agak sempit dan lecak...tapi kali ni kawasannya memang sangat selesa..

Kem Perdana tak penat sangat..tak perlu sediakan makan minum pelajar...semua mereka urus sendiri..guru-guru memantau sahaja..

Sepatutnya petang hari kedua tu ada ceramah...tapi dibatalkan dan digantikan dengan perlawanan bola tampar antara Unit Beruniform

Dulu masa saya berkhemah di sekitar Bunsit keadaannya agak kotor dan tak terjaga...tapi mungkin dengan pengurusan baru keadaan sekitar memang bersih..keperluan tandas dan bilik air pun ok..biasalah kawasn sekitar jeram..malamnya memang sejuk...kebetulan pulak sekarang musim hujan...nasib baiklah tak berapa lebat...jadi khemah pelajar tak delah terbalik atau basah teruk macam tahun lepas...

ini adalah budak pengakp yang telah selesai laluan berhalangan yang sampai dua jam awal dari kumpulan lain

ceria zaman remaja

pergi berkhemah..kena masak sendiri tapi ..boleh plak bawa dapur gas kan...mudahnya berkhemah zaman sekarang..

tempat berkhemah ni ada sungai yang cantik dan bersih...sebab sumber air mudah kat sini makanya tempat ni dipilih untuk berkhemah

senaman pagi

cikgu roy sedang membawa buluh merentasi jambatan gantung


antara aktiviti pelajar
kawasan sekitar tapak khemah

sewaktu merentasi kawasan hutan semasa aktiviti laluan berhalangan...Puan Babi dan anak-anaknya nak melintas jalan...mungkin terkejut dengan kehadiran kami..dia berdiam diri je kat sini..

 



Aug 14, 2014

Jamuan Raya sekolah

setiap tahun memang sekolah akan buat sambutan hari raya..biasanya juadah yang disediakan dibahagikan kepada bidang masing-masing ..tahun ni Bidang Sains dan Matematik telah memilih laksa sebagai menu..ada yang ambil nasi impit dan kuah kacang..ada juga yang ambil kelupis dan rendang..dan ada juga yang sediakan kek dan biskut.. Kelab keluarga sediakan jamuan nasi lengkap 3 jenis lauk..

memang banyak betul makanan...tapi tahun ni sambutannya tak berapa meriah..tak tau kenapa..pengetua kebetulan tak ada...ada juga guru-guru yang kebetulan bercuti..emmm

TIGA MAK DARA


PUAN RAMLAH ADNAN YG SENYUM SOKMO

RENDANG

NASI IMPIT

KELUPIS 



Aug 11, 2014

Selamat Hari Jadi Papa

11 Ogos 2014 adalah ulangtahun papa yang ke 37.. papa yang dikasihi oleh semua dalam rumah ni..papa yang tegas..papa yang penyayang..papa yang berdisiplin..papa yang bersistem..papa yang sangat bertanggungjawab.. papa yang sentiasa memimpin kami sekeluarga ..

Mama,nur zuyyin dan ariq sayang papa... semoga papa diberi kesihatan yang baik..sentiasa berada dalam rahmat Allah jua..semoga kita semua bahagia selamanya...AMIN



bila papa buat hal..

layan anak dara bersyair...tempat: bawah meja makan

tukang inai mama...

ajak anak mengecop

main air dengan anak bujangnya

ajak anak berkebun sayur...teruja sungguhlah budak berdua ni
hampir setiap hari papa akan buat tocang rambut anak dara dia...pagi2 sebelum pergi sekolah..malam selepas mandi..macam-macam fesyen..sampai sanggupp belajar kat internet..belajar dengan student..huhu

tolong mama cuci karpet


sempena hari jadi papa..mama hadiahkan ini untuk papa...memandangkan papa suka sangat dengan jam tangan..mama tambahlah koleksi papa
penjaga masaku~ sayang awak ijulabi