Aug 31, 2012

KAKAK 3 tahun 9 bulan ADIK 3 tahun 2 bulan

ALHAMDULILLAH

mereka membesar dengan sihat..menguruskan mereka juga senang ..memandangkan dah hampir 9 bulan mereka bebas lampin maka urusan juga makin senang...takdelah malam-malam ada kebocoran..sebab masing-masing pandai kejutkan mama kalau nak kencing...memang lega sangat..dan tak payah lagi mama angkut bakul susu naik atas sebab malam-malam dah tak de adegan mintak susu..semua tidur sampai pagi..mengigau tu adalah jugak..

dulu saya risau kakak zuyyin yang terlebih berat badan..22kg. . untuk umur 3 tahun lebih memang agak obes ..jadi saya dan suami dietkan kakak zuyyin...sehari minum susu 2 kali sahaja..siang sekali..sebelum tidur sekali..dan makan seperti biasa pada kuantiti yang lebih sedikit dari sebelum ni..hasilnya..jeng jeng..kakak turun kepada 20kg dan perutnya kurang membuncit..dia pun dah pandai makan sikit dan bagitahu.."tak boleh makan banyak nanti tak cantik"..AL-hamdulillah ..misi berjaya..

sebelum diet

selepas

Amacam...ada perubahan tak..hehe...ada kan..pipi makin kurang ketembaman...bukan apa kalau berat sangat kesian pulak kat dia..jadi pasif dan tak mau buat aktiviti fizikal sebab badan gebus sangat..sekarang slim dah kakak Nur Zuyyin...dah macam anak dara..

santai ko ye budak 3 tahun 2 bulan

dan ini pula kisah Ariq...ariq sangat sensitif sehingga kadang-kadang merimaskan saya...kalau marah lebih sikit dia akan kata saya tak sayang dia..padahal masa saya marah tu saya cakap lembut je pun...tapi sensitifnya alahai..macam mana nak sekolah tu kalau sensitif sesangat..risau jugak...sikit-sikit merajuk..cerita yang dah berlaku 2 ke 3 hari lepas pun dia ingat..asyik kata kita marah sebab tak sayang dia..alahai...ada sekali tu kami pergi KK tak bawak dia..tapi sebelum balik kami tapaukan burger Mc D..bila balik je dia punyalah sedih..balik2 cerita kenapa tak bawak dia..mama tu tak sayang dia..aihh bukan tak nak bawak..tapi ada urusan lain yang tak boleh nak bawak..harapnya dia akan berubah bila masa berlalu..

tapi saya suka sangat bila part belajar...dia sangat rajin..kalau kita bukakkan buku muka dia berseri2..asyik tanya itu ini..dan kalau dia sorang-sorang pun dia akan belajar sendiri..Alhamdulillah dah pandai mengaji Iqra sampai huruf sin..dan dia kenal kalau tunjuk kat mana-mana pun huruf jawi..kalau ABC tu dia dah kenal semua..huruf kecil dan besar..kalau baca nombor pun dia dah kenal..1 sampai 99..seratus mama tak ajar lagi..hehe..dan yang paling saya suka dia akan cakap perkataan yang saya tak jangka..contoh "menakjubkan".."cemerlang".."memalukan".."ariq mintak maaf..ariq janji tak buat lagi".."wah...bagus..." "terima kasih mama belikan ariq mainan...ariq sayangggg mama" 








Aug 25, 2012

AL WAQIAH

Surah Al Waqiah diturunkan di Mekah mengandungi 96 ayat. 

Surah ini memberi kesan yang sangat mendalam untuk saya...setiap kali saya bermasalah atau saya berasa kekosongan dan hilang arah saya suka baca surah ini dan terjemahannya..selepas membaca akan ada satu rasa kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata..sentiasa memberi saya perangsang..kekuatan yang setiap apa juga kejadian atau ujian atau masalah jika kita tempuhi dengan baik ..penuh ketaqwaan . maka telah Allahmenjanjikan sesuau yang pasti untuk kita...kalau kita terleka dan terus dengan dunia alpa..azab Allah juga amatlah keras..


TERJEMAHAN SURAH AL WAQIAH


[1]   Apabila berlaku hari kiamat itu,

[2]   Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]   Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan 
       (golongan yang taat).
[4]   (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5]   Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]   Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]   Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]   Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]   Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan 
        kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di   
        akhirat kelak);
[11]  Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]  (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13]  (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]  Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15]  (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]  Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]  Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya),  
        yang  sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]  Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak  
        (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]  Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]  Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]  Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]  Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]  Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24]  (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]  Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu 
        yang menyebabkan dosa; -
[26]  Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]  Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]  Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]  Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]  Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]  Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]  Serta buah-buahan yang banyak,
[33]  Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]  Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]  Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]  Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]  Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]  (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]  Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]  Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]  Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]  Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]  Serta naungan dari asap hitam,
[44]  Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]  Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum 
         Tuhan).
[46]  Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]  Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang,  
         betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]  “Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? ”
[49]   Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang 
         yang terkemudian,
[50]  “Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
[51]   “Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan 
          (kedatangan hari kiamat),
[52]   Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]  “Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]  “Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]   “Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]  Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]  Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), 
        maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58]  (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu  
         pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]  Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]  Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, 
        dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61]  (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi 
         tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu 
         tidak mengetahuinya.
[62]  Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, 
         maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu 
         dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]  Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]  Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]  Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia 
         berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]  (Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]  “Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”
[68]  Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]  Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]  Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu 
         bersyukur.
[71]  Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]  Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]  Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang 
        yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada  
        orang-orang musafir.
[74]  Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang 
         Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]  Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-
        Quran, -
[76]  Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
[77]  Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang  
        sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]  Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]  Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]  Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81] Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap 
        keteranga-keterangan Al-Quran ini?
[82]  Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu 
        (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]  Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke 
         kerongkongnya, -
[84]  Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]  Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]  Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada 
         kekuasaan Kami), -
[87]   Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang
          benar?
[88]  Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[89]  Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]  Dan jika ia dari puak kanan,
[91]  Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak 
         kanan”.
[92]  Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]  Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]  Serta bakaran api neraka.
[95]  Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Aug 24, 2012

Bila Tak Balik Kampung Masa Raya

Hari raya pertama kami di Keningau sahaja...lepas Pn. Norina balik beraya dari rumah saya..kami keluar ke rumah Kak As..senior @ cikgu sekolah saya yang dah berbelas tahun kat sini..biasa kat rumah Kak As meriah...tapi tahun ni ramai pulak yang balik Semenanjung...jadi sunyi jelah...lepas tu saya bersama Kak As pulak beraya ke rumah Kak Jalena..masa kat rumah Kak Jalena ni ramailah yang ada..meriah jugak kat rumah Kak Jalena..menu raya pun bukan alang-alang...bila ramai2 hilang lah sikit kerinduan raya kat kampung...

Rumah kak Jalena...

meriah menunya

ariq buat lawak

Malam kami sekeluarga ke rumah Cikgu Jafar..jiran merangkap kawan baik kat sini..Rumah Cikg Jafar memang sentiasa meriah ..seronok ..anak-anak pun suka pergi sini..ramai abang kakak yang melayan..
bersama mak cik judith ..

dah nak balik baru nak makan kakak zuyin

Hari Raya Kedua..kami ke rumah Cikgu Zamri...dia buat open house...ingat nak pergi rumah Cikgu Roslinda sebab dia pun ada jemput open house rumah dia...tapi..haha..kami tak jumpa rumah..last2 pusing2 balik je rumah..

masa lepas balik beraya 

Petang ..cikgu Jafar sekeluarga pulak datang rumah kami..suka si Ariq melayan..kakak tido pulak masa tu...

disebabkan datang mengejut ..kami jamu KFC je lah..haha tak sempat nak buat apa2

Hari Raya ketiga...kami ke One Borneo KK
masa ni ariq sibuk nak bawak..lepastu bila terlanggar ngan kereta lain ha...terhantuk muka..lebam

suka kakak yin

Awal pagi dah berangkat ke Kota Kinabalu...memang merancang nak bawa anak-anak jalan..terlupa bagitau maid kami nak keluar..dia datang siapkan anak-anak pastu suruh dia balik je...cuti sajalah...esok je datang kerja..

melawat je tak dapat makan pon...nantilah bila2 datang lagi
Sebenarnya tujuan asal ke KK (selain jalan-jalan) nak gi makan steamboat kat Restoren Kampung Nelayan...taapi kami tak tau bila waktu restoran ni bukak..sekali datang..ha kau..pukul 6.30 petang baru bukak..sedangkan masa tu baru pukul 3.30..singgah sekejap ke City Mall lepas tu pergi Grace Point untuk makan ...

kat Grace Point


wuuuhuu


menu makan malam kami..nasi uduk dan kambing panggang
itulah aktiviti kami bila tak balik kampung...Alhamdulillah sederhana sahaja..sukakan anak-anak..

masuk hari raya ke enam..anak-beranak demam...alahai..

Aug 22, 2012

SALAM LEBARAN 2012

Alhamdulillah...dah masuk raya ke empat...Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin kepada semua..semoga Syawal ini benar-benar bererti sebagai bulan kemenangan..semoga amal baik kita di bulan Ramadhan lalu dapat kita kekalkan sehingga Ramadhan yang akan datang..

Ya...saya tak balik kampung...memandangkan baru balik cuti sekolah Mei lalu..dan akan pulang lagi hujung tahun nanti selama sebulan...cuti raya yang seciput ni rasa tak berbaloi nak balik + kerja2 perkeranian sekolah + menanda kertas exam belum lagi berakhir..

Tahun ni keluarga kat kampung pun beraya membawa haluan..emak balik kampung nenek di Seri Menanti..adik perempuan beraya di rumah mertuanya di Pulai....dan adik lelaki di Germany sementara isterinya di Terengganu...sementara saya di Sabah...wah..betul2 membawa haluan ..

gambar pagi raya kami...tidak mengamalkan sedondon..haha..sebab beli ready made..jadi mana yang dapat je  la

kakak dan papa...
papa....ariq mintak maaf sesangat..sampai kejam-kejam mata

love this pic 

kakak dan kuih raya mama buat..

tetamu pertama kami....Pn Norina..

beraya...rumah kak jalena

ni yang beraya kat Germany...baju melayu ganti dengan t shirt belang2

Ayah ...mak yang mengancam dan Pak Ucu Amin
yang beraya di terengganu


Yang kat Pulai tu tak de gambau lagi...ada gambau anak dia pau duit raya je...jeng jeng..

muka inesen kael


Aug 16, 2012

Biskut Raya ku

Akhirnya rancangan nak buat biskut raya sendiri tahun ini menjadi kenyataan..setelah bertungkus lumus dengan sibuk nak masak bukak puasa..nak menyiapkan bahan lagi..nak mengemas selepas buat kuih lagi ..Alhamdulillah..jadi la jugak akhirnya..

tapi biskut yang dirancang bukan semua menjadi kenyataan..hentam jelah..janji boleh makan

ini adalah kuih pertama yang saya buat..kuih dahliah..
masa mula-mula buat memang kelam kelibut jugaklah..maklum dah lama tak membuat kuih..rasa tak konfiden memang ada..eh jadi ke tak ni..lembik sangat ke..keras sangat ke...nasib baik ok..tapi lepas tu rasa penat yang hamat..penat menahan perasaan ..risau takut tak jadi


biskut suji
esoknya..buat pulak biskut suji...ambik resepi semua dari internet je..myresipi.. sepatutnya biskut suji tak yah pakai sarung2..togel je..dan letak ceri merah kat atas..tapi disebabkan cili merah tak beli..letak je la coklat cip ni...pun ok jugak....kali ni buat tak penat sangat sebab dah ada pembantu ..terima kasih papa..

biskut badam
hari ketiga buat biskut badam...oklah..tak susah dan saya suka rasanya...ada orang tak minat kot..disebabkan kismis banyak lebih jadi saya campurkan dalam biskut ni..:)

tart nenas kesukaan papa
tart nenas saya ambil resepi mak...tepung gandum..kuning telur..butter..sedikit garam...ok..sangat puas hati ..dah tinggal separuh dah pun..macam kena buat lagi..buat dua adunan tapi cepat jugak siap sebab pakai terap kot..kalau buat tat gulung memang malas...

coklat cip
 nampak ke cip nya...ada sikitttt sangat cipnya..yang lain saya letak badam dan gajus kisar..sebab ada lebih banyak lak badam ngan gajus..lepas tu ambik masa seminggu gak nak celup dalam coklat dan letak manik urai...yang tak puas hatinya coklat tu tak jadi berkilat pun seperti yang saya bayangkan...dulu mak cik ajar letak sikit majerin atau butter..saya dah letak dah..tapi emmm..tak cantik pun..harap manik urai je bewarna warni..tapi rasa oklah..sebab ada badam ngan gajus kot..

Alhamdulillah...selesai misi saya...kalau ikut kos memang untung separuh dari membeli kuih siap...tapi kalau ikut penat...bolehtahan jugaklah...