ariq yang banyak "akal"..hihi
ariq 2 tahun dengan hadiah harijadi
ariq 7 bulan
AlhamdulillahAriq yang mama kasihi...mama tulis ni khas untuk ariq..nanti bila-bila ariq dah besar dah pandai membaca...ariq boleh baca luahan mama ni...
Ariq..mama bangga sekali diberi anugerah sebesar Ariq..(walaupun Ariq comel jer) tapi pengertian Ariq sangat besar untuk mama...sangat besar..sujud syukur mama kepada Ilahi dengan kurniaanNya...mama masih ingat bagaimana terharunya mama bila mengetahui mama mengandungkan Ariq...bagaimana segunung kerisauan di dada mama bila mama turun darah semasa 13 minggu mengandungkan Ariq...
Sehingga usia Ariq 7 bulan di dalam kandungan mama masih tiada nama untuk Ariq...akhirnya mama dan papa bersetuju dengan nama ARIQ yang bermaksud yang baik keturunan..yang bijaksana dan yang berbudi...3 maksud untuk nama yang pendek...Alhamdulillah..
Ariq...mama tak dapat lahirkan ariq secara normal sebab 2 bulan terakhir mengandungkan ariq..tekanan darah mama naik dengan mendadak...dan sebab tu jugalah ariq keluar dengan hanya 2.15kg sahaja...kecil...tapi sempurna di mata mama...
Meniarap pada usia 3 bulan ..merangkak pada usia 7 bulan..berjalan pada usia genap setahun...dan dah pandai berbual dengan mama sekarang...menyanyi..dan membaca doa..mama bahagia sekali sayang..
Ariq...harapan mama semoga Ariq membesar dengan sihat...gembira..dan bersemangat..menjadi anak yang taat perintah Allah..menjadi anak yang bijak menangani hidup yang sangat mencabar kelak...doa mama sentiasa mengiringi ariq..