Apr 12, 2010

BERCUTI DI KUNDASANG


kami sekeluarga..first time ambil gambar bersama...wah suka sangat



Bertolak ke Kundasang 8 April lalu..memang mengambil cuti rehat sebab adik ipar datang dengan mertua...kami bermalam di Pine Resort Kundasang..Tempat yang sangat cantik..selesa dan pakej penginapan yang sangat berpatutan ..RM 160 semalam beserta makan malam dan sarapan pagi...dan makanan nya pun sedap...Pine Resort ni betul=betul mengadap kaki Gunung Kinabalu...ini kali kedua kami bermalam di sini...
kat sini landskap sekitar resort memang sangat menyamankan mata..bunga merata-rata..dan yang paling banyak adalah pokok pine...sebab memang trade mark resort ni..suhu kat sini pun sejuk..sekitar 16- 18 darjah celcius..malam lagi sejuk..



bersama anak bujang saya..masa ni nak gi sarapan..sebelum tu sibuk bergambar..cuaca pagi yang nyaman ..sejuk dan pencahayaan yang baik sekali untuk bergambar...


adik ipar saya..syaheer yang sibuk jugak bergambar...seronok bergambar tempat yang cantik nih..puas mata..




kakak zuyin dan mama...kat belakang tu kaki gunung kinabalu....nampak jugak puncak gunung yang cantik...ni kawasan beriadah untuk keluarga...







ni..malamnya...kakak zuyyin punya baju sejuk mana ntah dia lemparkan...rileks je anak dara saya ni walaupun sejuk sebenarnya...tengoklah gaya dia nak pau nescafe saya..huhu..tak dapat...






ni kat Natinal Park Kinabalu.. petang semasa kami sampai...masa ni kakak tido..adik jelah posing ngan mama








tengoklah gaya anak bujang saya ni bila dapat duduk atas tengkuk papa...seronok betul dia










banyak kali dah percubaan nak betulkan gambar ni tapi tak berjaya jugak...gerammmm..tapi sebab ariq hencem masa ni..nak letak jugaklah...