Aug 3, 2008
Sabah Negeri Di Bawah Bayu
18 Januari 2002 adalah tarikh keramat aku dihantar di daerah Keningau ni..sebuah pekan kecil yang sibuk mengejar pembangunan..dan menariknya Sabah kaya dengan tempat peranginan yang cantik..maklumlah negeri di bawah bayu le katakan...gambar kat atas tu diambil di Taman Banjaran Croker..kira-kira 15 minit dari rumah..cantik tempat ni...kalau petang-petang selalu lepak ngan husband kat sini. Kadang-kadang kami naik motor je..bawa goreng pisang..kengkadang rempeyek..(masa lepas raya)..makan kat atas ni sambil menikmati suasana petang yang sangatlah nyamannya..mmmuuuahhh..
Air terjun tu sebenarnya taklah besar mana..lebih kurang tiga tingakat..kalau tengok dari bawah..masa tahun 2004 dulu ada aku ikut jungle tracking dengan geng-geng Kelab pencinta Alam dari sekolah-sekolah di daerah Keningau ni..kami selusuri hutan dari belakang sampai last sekali tembus kat air terjun ni....best betul...tapi kena jugaklah gigit pacat...sampai kembung-kembung pacat tu hisap darah aku..nasib baik le aku ni tak geli sangat ngan pacat2 nih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Wah boleh tahan biodata cikgu...dari Tadika sampai jadi isteri orang..selamat sejahtera di negeri orang..bila nak balik Johor?
InsyaAllah...lagi 2 ke 3 tahun..balik le semenanjung..hehe
Masa isi borang posting dulu, Sabah merupakan negeri pilihan kedua, tapi nampaknya khidmatku diperlukan di Johor negeri kelahiranku. Tapi dapat juga aku menjejakkan kaki di Sabah semasa menjadi jurulatih ragbi Johor ke MSSM. Negeri yang cantik dan unik. Jadi cadangan aku, puaskanlah dulu di sana (5/6 tahun) baru balik negeri. He he..
lorrr... cikgu ni asal johor ae??
ingat dok lama dh kat saba 2..
Post a Comment