Showing posts with label foto. Show all posts
Showing posts with label foto. Show all posts

Feb 16, 2010

POST Yang KE 100






untuk post yang ke 100 ni saya tempelkan entry yang sepesel untuk diri saya..hehe...15 februari lalu saya dan suami ke Air Terjun Mahua, Tambunan..sesi pengambaran yang dirancang akhirnya dapat juga dilaksanakan....ntah macam mana saya boleh imagine yang saya dan suami saja yang akan ke sana dan boleh santai-santai berposing...sungguh dangkal sekali fantasi itu...dah tentulah cuti Tahun Baru Cina kan...punyalah ramai umat kat sana...nasib baik kebanyakkan memang mandi kat bahagian atas ..jadi dapatlah saya bergambar dengan agak selesa di bawah...tapi yang boringnya bila ada yang tersengih-sengih sepanjang perjalanan mereka menengokkan saya sedang bergambar tu...mana taknya..mesti rasa kepelikan sikit sebab saya datang dengan berbaju kurung dan berkain songket..haha..tak apalah...bukan saya kenal pun mereka-mereka itu...yang penting saya dapat mengambil gambar yang telah lama diimpikan ini...huhu...

sebenarnya saya sangat teruja dengan kulit album D Siti Nurhaliza dulu...sangat menangkap mata saya...masa tu siti pakai baju putih ala-ala puteri...tapi saya manalah nak dapat baju serupa itu kan...saya cilok je baju lama saya ni...



Jun 21, 2009

buah hati KAMI


konon nak white studio..bebayang la pulak..hik..ni Nikon aku..bolehlah untuk amatur giler cam aku ni...tangan pun selalu je gigil ambik gambo..


Olympus husband...dah dekat 3 tahun dia beli..puas hatilah jugak..terutama untuk gambar macro..


ni ler buah hati kami...Olympus hubby punya..Nikon tu aku saja gatal nak jugak...walaupun tak le lengkap aksesorinya..tapi bolehlah memuaskan mata aku dengan hasilnya...tapi sekarang ni dah lama tak memetik..sesekali sempat le...tunggulah bila dah selamat melahirkan nanti....InsyaAllah..cuba mengeksperimen lagi..

May 22, 2009

gambar terbaru papa

gambar kat banjaran croker


serangga kat sekolah


dan aku masih suka mengkritik gambar-gambar yang diambil oleh suamiku ini....bukan setakat gambar ..siap ngan sajak + pantunnya sekali...kekadang cam tak caya je laki aku ni cikgu kimia..kuikui



Nov 10, 2008

PETANG ITU

skodeng dari belakang

gambau ni aku ambik .. laki aku kutuk dia kata gambau ni tak de "cerita"..

tak kira nak upload jugak...(nampak nau degil himol)

mencari sudut


di atas awan



lom lagi nengok gaya dia golek gelentang ( contoh ambik gambau lalat 18 sx tu)



posing maut gitewww..ahaks



gambau nye tak seberapa pon..posing je lebih

apalah aktiviti yang paling menarik sekali bagi aku dan lakiku itu selain dari ambik gambau..mmmuuahhaa..itu je le kijenya..semacam ketagihan pulak...dah puas ambik gambau sekolah..budak sekolah..cikgu sekolah..serangga..pastu ambik gambau sendiri..dia ambik gambau aku..aku ambik gambau dia...aci tak..kami sangatlah seiring dengan hobi ini..walaupun gambau-gambau masih diperingkat percubaan dan eksperimentasi ..oklahkan untuk guru-guru sekolah macam kami ni..sebab kami bukan jurufoto pro...bukan juga jurufoto perkahwinan..hehe

kawasan ni pun cantik jugak...berada di atas awan..sejuk berkabus..jom datang Keningau..moh

Oct 31, 2008

maluuuu


eiii tak malu...orang yang tengok pun tak malu jugak...muuahaaa..gambar ni hubby yang ambik...dia giler ngan gambo serangga...saya tak mampu nak ambik lagi sebab lensa saya tak macam lensa dia..huhu..lagipun minat ambik gambor saya tak de le macam dia..yang sanggup bergolek gelentang nak dapatkan sudut yang menawan...tapi saya banyak belajar dari dia ..secara tidak rasmi..lagipun saya baru je nak mengenal dslr ni.....
untuk gambar ni lelaki itu sanggup menunggu dengan lamanya..ish..18 sx sungguh..

Aug 23, 2008

BELUNCAS

banyak-banyak gambar yang hubby aku ambik ..aku suka betul dengan gambar ni...setiap kali aku tengok aku rasa ulat tu macam nak cakap.."hai"...walaupun ulat ni telah membuat onar dengan memakan hampir keseluruhan daun pokok bunga aku ..aku masih tak marah...sebab dia memang kiut..walau bagaimanapun sampai sekarang aku tak tahu yg biru tu betul ke mata dia? ke aku je yang perasan macam mata dia....kekadang benda2 kecik ni kita nampak biasa je..tapi bila dah tengok dekat-dekat..SUBHANALLAH..indahnya ciptaan-Mu Ya ALLAH