Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Jan 19, 2013

Posing awal tahun

tak de kerja petang-petang adalah masa beriadah bersama keluarga.. buah buah dan buah hati saya..
teman ketawa dan menangis....teman berkongsi bahagia ..syukur Ya Rabb atas kurniaan yang tidak terhingga

buah buah dan buah hati

romeoku

Dec 20, 2012

Atuk

Saya masih mempunyai atuk...sebelah mak dan sebelah ayah..nenek sebelah mak dan ayah sudah meninggal keduanya... balik kampung kali ni..memang atuk saya sebelah ayah uzur benar keadaannya..usia mencecah hampir 100 tahun...dia kena strok tahun lepas...jadi bila dah uzur benar mak bawa balik ke rumah kami supaya senang di uruskan..

moga mak sihat sentiasa...

dan atuk pun sejahtera hendaknya

bilik ni mak buat untuk atuk
Atuk saya adalah guru mengaji saya..bekas imam surau di kampung.. orangnya tak banyak hal..senyum sentiasa..dan kadang2 lucu jugak....tapi masa ajar mengaji dulu dia garang... semoga sejahtera hendaknya...dan semoga mak ayah diberi kesihatan yang baik menjaga orang tuanya...AMIN

Nov 16, 2012

SEKELUARGA

Aktiviti ni masa iring budak pengakap kat Tenom... pengiring sahaja ..jadi mama papa kakak dan ariq pun bergambor je le...sementara menunggu kakak dan abang2 yang berkhemah tu berkemas..

hero hero malaya

ariq mama dan cik` yin

si lebau

si kudut

Oct 18, 2012

Hari Keluarga

bulan ni dua kali turun KK...biasanya jarang-jarang kami turun ...tapi atas urusan yang tak dapat di elakkan kami pergi juga...

sesekali bawak anak-anak jalan..

oh ya saya sangat suka bawak diorang sekarang ni sebab dua2 dah pandai duduk belakang dalam kereta..siap pakai tali pinggang lagi...jadi mama dia tak payahlah berhimpit ..penat woo kalau nak berpangkuan dari Keningau KK..dua jam setengah tuhh

lagipun selesa sikit mereka nak tidur kalau dua orang je kat belakang tu

ariq tidor...dengan bantal kesayangan

muka monyok baru bangun tido

pergi mana?

kami jalan2 kat Suria..lepas tu gi Perdana Park gi makan kat Gayang..dan tak lupa sarapan kat Grace Point


selepas bersarapan...

jalan-jalan sekitar grace point

papa mencuba nasib

ariq senyum poyo..kaki baru kena cuci sebab tecelop dalam longkang..adoilah

kakak dengan gaya model bawah pokok.
hari keluarga yang meriah...bermalam di Kk..esok balik........... best best...

Aug 24, 2012

Bila Tak Balik Kampung Masa Raya

Hari raya pertama kami di Keningau sahaja...lepas Pn. Norina balik beraya dari rumah saya..kami keluar ke rumah Kak As..senior @ cikgu sekolah saya yang dah berbelas tahun kat sini..biasa kat rumah Kak As meriah...tapi tahun ni ramai pulak yang balik Semenanjung...jadi sunyi jelah...lepas tu saya bersama Kak As pulak beraya ke rumah Kak Jalena..masa kat rumah Kak Jalena ni ramailah yang ada..meriah jugak kat rumah Kak Jalena..menu raya pun bukan alang-alang...bila ramai2 hilang lah sikit kerinduan raya kat kampung...

Rumah kak Jalena...

meriah menunya

ariq buat lawak

Malam kami sekeluarga ke rumah Cikgu Jafar..jiran merangkap kawan baik kat sini..Rumah Cikg Jafar memang sentiasa meriah ..seronok ..anak-anak pun suka pergi sini..ramai abang kakak yang melayan..
bersama mak cik judith ..

dah nak balik baru nak makan kakak zuyin

Hari Raya Kedua..kami ke rumah Cikgu Zamri...dia buat open house...ingat nak pergi rumah Cikgu Roslinda sebab dia pun ada jemput open house rumah dia...tapi..haha..kami tak jumpa rumah..last2 pusing2 balik je rumah..

masa lepas balik beraya 

Petang ..cikgu Jafar sekeluarga pulak datang rumah kami..suka si Ariq melayan..kakak tido pulak masa tu...

disebabkan datang mengejut ..kami jamu KFC je lah..haha tak sempat nak buat apa2

Hari Raya ketiga...kami ke One Borneo KK
masa ni ariq sibuk nak bawak..lepastu bila terlanggar ngan kereta lain ha...terhantuk muka..lebam

suka kakak yin

Awal pagi dah berangkat ke Kota Kinabalu...memang merancang nak bawa anak-anak jalan..terlupa bagitau maid kami nak keluar..dia datang siapkan anak-anak pastu suruh dia balik je...cuti sajalah...esok je datang kerja..

melawat je tak dapat makan pon...nantilah bila2 datang lagi
Sebenarnya tujuan asal ke KK (selain jalan-jalan) nak gi makan steamboat kat Restoren Kampung Nelayan...taapi kami tak tau bila waktu restoran ni bukak..sekali datang..ha kau..pukul 6.30 petang baru bukak..sedangkan masa tu baru pukul 3.30..singgah sekejap ke City Mall lepas tu pergi Grace Point untuk makan ...

kat Grace Point


wuuuhuu


menu makan malam kami..nasi uduk dan kambing panggang
itulah aktiviti kami bila tak balik kampung...Alhamdulillah sederhana sahaja..sukakan anak-anak..

masuk hari raya ke enam..anak-beranak demam...alahai..

Aug 22, 2012

SALAM LEBARAN 2012

Alhamdulillah...dah masuk raya ke empat...Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin kepada semua..semoga Syawal ini benar-benar bererti sebagai bulan kemenangan..semoga amal baik kita di bulan Ramadhan lalu dapat kita kekalkan sehingga Ramadhan yang akan datang..

Ya...saya tak balik kampung...memandangkan baru balik cuti sekolah Mei lalu..dan akan pulang lagi hujung tahun nanti selama sebulan...cuti raya yang seciput ni rasa tak berbaloi nak balik + kerja2 perkeranian sekolah + menanda kertas exam belum lagi berakhir..

Tahun ni keluarga kat kampung pun beraya membawa haluan..emak balik kampung nenek di Seri Menanti..adik perempuan beraya di rumah mertuanya di Pulai....dan adik lelaki di Germany sementara isterinya di Terengganu...sementara saya di Sabah...wah..betul2 membawa haluan ..

gambar pagi raya kami...tidak mengamalkan sedondon..haha..sebab beli ready made..jadi mana yang dapat je  la

kakak dan papa...
papa....ariq mintak maaf sesangat..sampai kejam-kejam mata

love this pic 

kakak dan kuih raya mama buat..

tetamu pertama kami....Pn Norina..

beraya...rumah kak jalena

ni yang beraya kat Germany...baju melayu ganti dengan t shirt belang2

Ayah ...mak yang mengancam dan Pak Ucu Amin
yang beraya di terengganu


Yang kat Pulai tu tak de gambau lagi...ada gambau anak dia pau duit raya je...jeng jeng..

muka inesen kael


Oct 26, 2011

Pine Resort Lagi


kami....sekeluarga



di pesta kubis kundasang


Kakak dan bunga..kat depan Pines




Pagi di Pine Resort


Mama ..bunga..dan ariq



ni kat Timpohon View Kinabalu Park..


Pesta Kubis Kundasang


KK...sebelum ke Kundasang

23 dan 24 Oktober kami sekeluarga bercuti ke Pine Resort sekali lagi...mengambil peluang merehatkan diri bersama anak-anak di samping menemankan adik dari Johor dan keluarga mertuanya datang bercuti ke Sabah.

Alhamdulillah...sangat seronok sekali berjalan anak beranak..semua happy terutama budak berdua tu...dua hari lagi nak jalan dah sibuk bercerita....awal pagi (4.30) yin dan ariq dah bangun ...nak berjalan punya pasal. Jam 6.00 kami bertolak dari Keningau ke KK. (jam 6 dah terang sangat dah kat sini) singgah sarapan kat Mc Donald Api-Api Centre. Lepas ke Pasar Tamu Gaya kami terus ke Kundasang...

Sampai Kundasang kebetulan ada Pesta Kubis...tapi acara dah habis dah...tinggal cabutan betuah dan nyanyi je..makan tengah hari kat Kedai mamak kat situ...lepas makan terus check in kat Pine Resort. Petang jalan kat Kinabalu National Park..percuma je masuk kali ni...sebab acara Climbathon baru je berakhir...sunyi je National Park..selalu meriah dengan para pendaki yang baru turun..