Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Jan 26, 2013

Learning Library

hari tu masa balik dari airport senai sementara nak tunggu flight ..saya jalan-jalan melawat kedai-kedai kat airport ni..masuk kat MPH..sungguh lama betul rasanya saya ni tak membeli buku..melawat kedai buku memang sesuatu yang sangat mengembirakan..wink wink..tapi tu lah tak boleh nak berlama dalam MPH tu..last-last dapat buku untuk budak-budak tu jugak

biasa beli sebuah buku RM 5.90..yang ni 8 buah siap dengan kotak simpan buku RM29,90


untuk kakak

untuk adik

jadi masa kat dalam kapal terbang tu ada le kativiti mereka..kalau tak asyik menyaran mak dia..kadang-kadang setiap kali nak naik kapal selalu je merancang apa aktiviti yang harus diisi selama 2 jam setengah itu..biasanya saya akan ambil masa makan lama-lama supaya diorang tak boring..


oh ye..disebabkan buku mama ak dapat..maka mama pun carilah laman web MPHonline untuk membeli belah novel.. ;)

Jan 20, 2013

Alphabet & Number Block

Dua minggu lepas masa jalan-jalan kat Bandar Keningau sementara menunggu papa pergi gunting rambut mama masuk kedai Cosway..tetiba ada mainan budak yang menarik perhatian mama..

Biasanya kalau nak mengajar anak-anak kat rumah kalau tak de ABM (alat bantu mengajar) yang menarik pun tak best gak..ada saya ajar anak-anak tulis A..B..C ..beli carta ..meja ..pelekat ..tapi benda ni berkesan kat Ariq je...kalau kakak Zuyyin dia minat mewarna..tulis..tapi dia selalu lupa. Kalau tanya kakak..kakak akan pandang Ariq minta bantuan...jadi saya pun mengharapkan ABM saya ni dapat membantu Nur Zuyyin


Alphabet & Number Block ni harganya tak delah mahal sangat RM 30.90 sahaja ..tapi saya rasa pembelian yang berbaloi sangat


benda ni di simpan dalam bekas besar macam ni..senang nak kemas bila dah main


kat dalam tu ada papan pemuka macam ni

 ada flash card



flash card ni membantu budak yang belajar susun huruf ikut dalam gambar..


contohnya macam ni..

ada jugak nombor dan operasi kiraan yang mudah-mudah


Alhamdulillah..Nur Zuyyin minat betul.. suruh eja nama dia..nama ariq..mama..papa..lepas tu susun nombor ikut urutan..
cuma..kalau main benda yang macam ni kenalah rajin mengemas..atau pun kenalah kuatkan volume suara suruh mereka kemas..haha 



  

Jan 6, 2013

Hari Kedua

Hari kedua ke sekolah rupanya lebih mencabar untuk kakak Nur Zuyyin.. dia tak nak lepaskan tangan mama...sepuluh kali dah dia mintak cium mintak salam tapi tangan mama dia pegang tak kasi mama tinggalkan...aduhlah... akhirnya mama ambil pendekatan bertegas jer...tinggalkan...dengar dia menangis..walaupun dalam hati rasa kesian sangat tapi saya kena ajar dia berdikari.. dan seperti jangkaan saya dia nak pergi ke kelas adik dia..huuu

Jam 9 saya telefon suami..datang masa mereka rehat jam 10..tengokkan ..mana tahu kalau ada papa ..kakak yin lebih kuat semangatnya..

Jam 10 kami ke sekolah..saya tanya cikgu kak yin..yang kebetulan bekas anak murid saya.."macam mana dia"... cikgu dia kata menangis lama jugak..haihh..lepas tu saya dan suami ke kelas Ariq..dia ok je...siap suruh ambil gambar lagi dia dan kawan-kawannya..hoho..romeo..kawan ngan pompuan je ke nak...aiih

tengok le muka ceria dia..

Tapi bila mama ambil mereka jam 12 tghhari.. ariq dah tukar seluar lain...mama ingat dia terkencing kat dalam seluar..rupanya dia batuk sampai termuntah sampai terkena seluar...nasib baik mama ada bekalkan seluar dalam beg dia...kebetulan nak naik sekolah ni memang dia batuk dan selsema..sian anak mama..

Kakak Yin ok pulak masa balik tu...jadi sepanjang dua hari hujung minggu ni memang terpaksa mama rasionalkan kak yin tentang sekolah..harap-harap esok kak yin dah ok..dan jangan ariq pulak buat perangai...AMIN


Jan 2, 2013

Mereka ke Sekolah TADIKA

Alhamdulillah...anak-anak saya dah masuk sekolah...macam-macam rupanya perasaan yer bila anak masuk sekolah untuk pertama kali..cuak pun ada..risau pun ada..macam-macam dalam fikiran saya..nak ketandas macam mana.. pandai berkawan ke tak..membuli atau dibuli..boleh berdikari atau tidak...haiihh...anak-anak nak pergi sekolah mama dan papa yang tak lena tidur...padahal dulu masa saya sekolah tadika kemas pergi sendiri je..mak tak hantar pun...tinggi kan kepercayaan mak kita dulu-dulu..hoho..oppss lupa hari pertama mak hantar.. :) hehe

Lagi satu perkara yang merisau kan saya ialah..kakak Nur Zuyyin memang bergantung dengan adiknya...saya takut mereka tak boleh berpisah kelas...

dan hari yang ditunggu-tunggu pun tiba...2hb Januari ambil pakaian di sekolah.. 3hb Januari mula sekolah...

sekolah ni dalam kawasan sekolah yang saya mengajar...dekat je kalau nak pergi tengok..senang nak hantar dan nak ambil.. sekolah ada 6 kelas..Ariq di kelas pelajar 4 tahun..(walaupun sebenarnya dia baru 3 tahun setengah) ..kelas Ariq namanya Morning Glory.. kakak di kelas pelajar 5 tahun.. (padahal baru 4 tahun sebulan)..kelas kakak namanya Orchid..
Hari pertama tak de sesi P n P pun...belajar suai kenal dan biasakan diri dulu

sebelum pergi sekolah salam kakak mery merangkap bibik cik yin dan ariq

ini adalah senyuman palsu..sebab sebenarnya dah nak nangis dan pegang tangan mama je

sampai je sekolah terus eja nama dia kat ata meja..ARIQ..poyolah ariq

dah mula buat muka cuak..haha


macam boring sikit mula2 sebab kawan semua pompuan

masa ni dia cakap...mama pegilah balik kat sekolah mama...eksen

Kesimpulannya 80% ok...tapi disebabkan ariq batuk dan selsema..muka dia cam mengantuk je..kakak pulak  cikgu kata menangis sekejap..tapi lepas tu ok.. bagus...esok kita belajar lagi yer nak..

Nov 20, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN KE 4 CIK NUR ZUYYIN

Alhamdulillah 18 November lalu kakak Nur Zuyyin genap 4 tahun...tahun depan kakak nak gi sekolah dah...kakak dah macam anak dara..versi kecil..pandai dah nasihat mama ..pandai dah tolong mama.. tapi masih tak boleh berenggang lama-lama dengan mama.. Mama doakan Nur Zuyyin sentiasa sihat..cerdik..dan positif selalu.. mama love che en.. kakak zuyyin selalu bagitahu mama " che en bagi mama love..mama ambik love che en..mama bagi che en love ..che en ambik love mama..:).." berbunga-bunga hati mama..

Kali ni kami sambut biasa-biasa je..tiap-tiap tahun pun tak ade yang luar biasa.. sekadar mendoakan kesejahteraan yang berpanjangan..



Pororo The Little Penguin kegemaran Che en... dia teringin betul nak makan pintu...

bersama-sama kawan-kawannya

dapur mama kat KFC je...mood nak balik kampung dah...malas nak masak..kui kui

kesayangan mama..yang lebau...
* sorry papa..gambar you tak delah.. :)

Nov 16, 2012

SEKELUARGA

Aktiviti ni masa iring budak pengakap kat Tenom... pengiring sahaja ..jadi mama papa kakak dan ariq pun bergambor je le...sementara menunggu kakak dan abang2 yang berkhemah tu berkemas..

hero hero malaya

ariq mama dan cik` yin

si lebau

si kudut

Oct 29, 2012

PUZZLES

ada banyak jenis puzzle yang jual kat kedai mainan sekarang ni..seronok tengok..ada yang besar-besar..ada jugak yang kecil sangat yang tak sesuai untuk budak umur 3 ke 4 tahun macam anak-anak saya..mula-mula dulu saya beli yang kecil-kecil tu..mama terlebih imaginasi ingat budak-budak ni gigih lah sangat nak buat..mama dia pun tak sanggup nak cari satu-satu..haha..yang lagi sedihnya last-last jadi SAMPAH je dalam rumah..alahai..

menurut kajian puzzle ni bagus untuk kanak-kanak sebab mengajar anak anda tentang


Problem solving

Even the simplest of puzzles require toddlers to think and develop different approaches to achieve a single goal. They analyze and use their grey matter as they put together the pieces of the puzzles. These toys directly impact their problem solving and reasoning skills which help them grow well in their professional as well as personal life.

Cognitive skills

Apart from solutions and reasoning, toddlers learn shapes, colors, sizes and a deeper understanding of how a small unit forms a part of the whole set. The puzzles may vary depending upon their theme and can be helpful in solidifying the basics like alphabets, numerals, animals, fruits and much more.

Hand eye coordination

While putting the right shapes into their correct spaces or putting together pieces of a castle, toddlers work on their hand eye coordination. The wrong piece obviously does not fit and they have to try all over again. This trial and error helps them to do what they actually see.

Motor skills

Solving a puzzle requires children to pick up the objects, sort them, slot them and fit them without any breakage so these educational toys refine their motor skills. Motor skills are required for eating, writing and for manipulating almost anything.

Confidence

The kind of satisfaction children get from solving the entire puzzle is unmatched by any other kind of toy. Their self confidence increases manifolds by the accomplishment and the praise that follows thereafter. As the games get more challenging, they also learn other social skills like the importance of cooperative play, how to take things to their completion, how to handle frustration and never-say-die attitude.

While exercising is meant to keep the body fit, puzzles and mind teasers for toddlers are meant to keep their mind fit. These educational toys prepare children early in life for the competitive world out there without compromising on fun. Give you child the best puzzles and let them face the world with confidence.



info dari :squidoo.com




lepas tu ..beberapa bulan lepas saya ke toys r us..cari mainan yang sesuai untuk budak-budak dua rang ni..akhirnya jumpalah puzzle yang besar-besar ni..memang budak dua orang teruja betul...sekarang dah expert dah buat benda ni...seronok tengok



saya beli yang ini dari learning journy pearson  RM 49 satu set..tebal..besar dan senang di pegang


kakak zuyin memang suka sangat main ni
gambar pun cantik
ariq pun suka jugak...
yeayyy dah siap...

lagi satu saya beli yang ini pulak

dari frank education

ada banyak siri...sediakan duit je lah ye...yang ini murah je RM 15 satu set..kertas pun kualiti..senang nak sambungkan..

lebah minum madu bunga :)..ariq dah tahu ni..yeyayy
ular makan telur sama tikus..early science education..:))
kalau ada kesempatan..bolehlah tambah siri puzzle ni lagi..cuma lepas main kena lah jerit..kakak...ariq..kemas balik..muahahaha

Sep 11, 2012

MODAL MAINAN DI BAWAH RM 5

ye...murah je...tapi seronok bukan main ariq dan yin..aktiviti ni berlaku 4 bulan yang lalu ..lupa nak masuk kat sini..ada lah beberapa kali kami main benda ni..pastu warna pun dah habis..maka aktiviti pun terhenti..
tahu tak main apa..lukis dan cop..teringat dulu-dulu suka main camni masa kekecik...saja apply kat anak-anak pulak..untuk seronok tak semestinya perlukan mainan mahal..

Warna : RM 1.50
Buku : RM 0.80 x 2
Berus : RM 0.60 x 2
pelepah pisang : percuma
rumpun betul ke tak istilah ni  sawi : percuma

Aktiviti : ransangan otak kanan ~ biasanya ransangan otak kanan kita biasa buat dengan anak terlebih dahulu ..termasuklah mewarna..melukis..menyanyi dan menari bila dah besar sikit bolehlah kita ransang untuk otak kiri yang fungsinya menganalisa dan membuat pertimbangan..sebab biasanya fikiran anak2 ni tiada batasan ..biarkan mereka meneroka dahulu..


tekun 

mencorak

nasib baik tak keluar muncung dia
tapi..lepas tu..kenalah ambik mop ..mop rumah yang dah bercop2..sebab lepas setengah jam ..mulalah nak "main" yang lebih...

Pororo The Little Peguin

ini adalah cerita kegemaran mereka berdua..mereka akan terbahak-bahak ketawa bila tengok cerita ni..kadang-kadang mama dia pun tersengih-sengih juga menyertai anak-anak..yang bagusnya cerita ni banyak mengajar anak-anak tentang erti persahabatan..adakala kita mengusik bergurau dan terkasar dengan kawan ..tapi kita perlu tahu batasan dan erti kemaafan..bagus untuk perkembangan sosial anak-anak..

ni ada sedikit info yang saya google tentang Pororo Little Peguin

Pororo the Little Penguin is a South Korean 3D computer animation series planned by Iconix Entertainment and produced by Ocon,SK Broadband, and EBS. Each season has 52 episodes and three seasons have been aired in South Korea until now. In 2003, Season 1 was aired in 27 November 2003 in Korean channel, EBS. In the beginning, 22 episodes of season 1 were made by North Koreancompany, Samcholli. For that reason, there was the rumor that America tried to impose restrictions on this animation as a part ofsanctions against North Korea, but it turns out to be false. About 110 countries imported Pororo and aired it. Pororo is so loved by children in Korea and he is perceived as an idol of children, so he is called Bbo-tong-ryung(뽀통령 in Korean)which means presidentPororo.

Pororo and little animal friends live together in the town covered all over with snow and ice. Pororo, a little curious penguin, and his friends are all different, so great and small commotions occur in this little town. Then one day, when Pororo and his friends hang out as usual, they find novelty egg under a tree in the woods. Pororo takes that egg to his house. Surprisingly, the egg hatches out and the little dinosaur is born, whose name is Crong. Crong becomes new friends of Pororo. Pororo and his friends learn lessons and form a friendship through adventures and events. ~ sumber Wikipedia


PORORO



Pororo

He is an impish little penguin bubbling with curiosity! He has to explore, play, taste, smell, poke, prod, figure out anything he finds and crosses his path. However, tends to act before thinking which sometimes gets him into trouble.He loves "speed" and wants to be very active but his legs are too short to take him to everywhere as fast as he wants. But when he rides snowboard, he has nothing to fear and becomes real "speed fanatic" although he falls down more than riding. Always bringing fun and joy into the village, Pororo is every bit as lovable!

CRONG

Crong


Baby Dinosaur that hatched from the mysterious egg Pororo found In the ice hill. Pororo was the first thing he saw when he opened his eyes and thinks Pororo is his elder brother. Wherever Pororo goes, Crong is sure to follow! Being a baby and too little to know any better, Crong is a troublemaker. Also, when he shouts or sneezes, he releases a hot breath of fire which startles his friends, however it's not intentional. But he is still an adorable mascot of the village beloved by everyone.


LOOPY

Loopy

Loopy is our rosy-cheeked little beaver, and is extremely sensitive and shy. She is a good kid, being nice to all friends and doing things always right. She is always anxious about Pororo's wild schemes, but secretly admires Pororo's easy going nature. She has a habit of hugging her tail or covering her rosy cheeks with her tiny claws when she is frightened or worried
POBY

Poby

Warm-hearted Poby's trademark is his big black nose and disarming smile. There is no wonder that he is strong but he does not use his strength to anyone. He never turns down people's favors and takes care of all chores of the village. He pleases other friends with ice-carving. Sentimental bear, Poby likes humming along to the music and ice fishing. He is the trustworthy and reliable friend you will be lucky to have. 
EDDY

Eddy

Eddy is a very clever and stubborn little fox. He likes to interfere in other's businesses and has a tendency to be a big mouth. He is grumpy if you don't listen to him, but is honest enough to admit his mistakes. Sometimes, it is true that his quick action and wit work well in unexpected situations. He enjoys repairing broken things and working on his inventions, but some of his odd Inventions cause many problems in the village. Together with Pororo, they can stir up the village time to time but truly a charming character.


ni lagu Pororo


Hey, It’s Pororo
I love to play all day
Come join me all my friends
Always happy, as can be
Little Penguin, Pororo
Snow covered wonderland
Make way for Pororo
Always happy, as can be
Everyday a new adventure waits for me
Call for him my Little Penguin
Porong Porong Porong Porong
Porong Porong Porong Porong
Po Ro Ro
I love to play all day
Come join me all my friends
Always happy, as can be
Porong, Porong, Porong, Porong, Po Ro Ro

Aug 31, 2012

KAKAK 3 tahun 9 bulan ADIK 3 tahun 2 bulan

ALHAMDULILLAH

mereka membesar dengan sihat..menguruskan mereka juga senang ..memandangkan dah hampir 9 bulan mereka bebas lampin maka urusan juga makin senang...takdelah malam-malam ada kebocoran..sebab masing-masing pandai kejutkan mama kalau nak kencing...memang lega sangat..dan tak payah lagi mama angkut bakul susu naik atas sebab malam-malam dah tak de adegan mintak susu..semua tidur sampai pagi..mengigau tu adalah jugak..

dulu saya risau kakak zuyyin yang terlebih berat badan..22kg. . untuk umur 3 tahun lebih memang agak obes ..jadi saya dan suami dietkan kakak zuyyin...sehari minum susu 2 kali sahaja..siang sekali..sebelum tidur sekali..dan makan seperti biasa pada kuantiti yang lebih sedikit dari sebelum ni..hasilnya..jeng jeng..kakak turun kepada 20kg dan perutnya kurang membuncit..dia pun dah pandai makan sikit dan bagitahu.."tak boleh makan banyak nanti tak cantik"..AL-hamdulillah ..misi berjaya..

sebelum diet

selepas

Amacam...ada perubahan tak..hehe...ada kan..pipi makin kurang ketembaman...bukan apa kalau berat sangat kesian pulak kat dia..jadi pasif dan tak mau buat aktiviti fizikal sebab badan gebus sangat..sekarang slim dah kakak Nur Zuyyin...dah macam anak dara..

santai ko ye budak 3 tahun 2 bulan

dan ini pula kisah Ariq...ariq sangat sensitif sehingga kadang-kadang merimaskan saya...kalau marah lebih sikit dia akan kata saya tak sayang dia..padahal masa saya marah tu saya cakap lembut je pun...tapi sensitifnya alahai..macam mana nak sekolah tu kalau sensitif sesangat..risau jugak...sikit-sikit merajuk..cerita yang dah berlaku 2 ke 3 hari lepas pun dia ingat..asyik kata kita marah sebab tak sayang dia..alahai...ada sekali tu kami pergi KK tak bawak dia..tapi sebelum balik kami tapaukan burger Mc D..bila balik je dia punyalah sedih..balik2 cerita kenapa tak bawak dia..mama tu tak sayang dia..aihh bukan tak nak bawak..tapi ada urusan lain yang tak boleh nak bawak..harapnya dia akan berubah bila masa berlalu..

tapi saya suka sangat bila part belajar...dia sangat rajin..kalau kita bukakkan buku muka dia berseri2..asyik tanya itu ini..dan kalau dia sorang-sorang pun dia akan belajar sendiri..Alhamdulillah dah pandai mengaji Iqra sampai huruf sin..dan dia kenal kalau tunjuk kat mana-mana pun huruf jawi..kalau ABC tu dia dah kenal semua..huruf kecil dan besar..kalau baca nombor pun dia dah kenal..1 sampai 99..seratus mama tak ajar lagi..hehe..dan yang paling saya suka dia akan cakap perkataan yang saya tak jangka..contoh "menakjubkan".."cemerlang".."memalukan".."ariq mintak maaf..ariq janji tak buat lagi".."wah...bagus..." "terima kasih mama belikan ariq mainan...ariq sayangggg mama" 








Aug 24, 2012

Bila Tak Balik Kampung Masa Raya

Hari raya pertama kami di Keningau sahaja...lepas Pn. Norina balik beraya dari rumah saya..kami keluar ke rumah Kak As..senior @ cikgu sekolah saya yang dah berbelas tahun kat sini..biasa kat rumah Kak As meriah...tapi tahun ni ramai pulak yang balik Semenanjung...jadi sunyi jelah...lepas tu saya bersama Kak As pulak beraya ke rumah Kak Jalena..masa kat rumah Kak Jalena ni ramailah yang ada..meriah jugak kat rumah Kak Jalena..menu raya pun bukan alang-alang...bila ramai2 hilang lah sikit kerinduan raya kat kampung...

Rumah kak Jalena...

meriah menunya

ariq buat lawak

Malam kami sekeluarga ke rumah Cikgu Jafar..jiran merangkap kawan baik kat sini..Rumah Cikg Jafar memang sentiasa meriah ..seronok ..anak-anak pun suka pergi sini..ramai abang kakak yang melayan..
bersama mak cik judith ..

dah nak balik baru nak makan kakak zuyin

Hari Raya Kedua..kami ke rumah Cikgu Zamri...dia buat open house...ingat nak pergi rumah Cikgu Roslinda sebab dia pun ada jemput open house rumah dia...tapi..haha..kami tak jumpa rumah..last2 pusing2 balik je rumah..

masa lepas balik beraya 

Petang ..cikgu Jafar sekeluarga pulak datang rumah kami..suka si Ariq melayan..kakak tido pulak masa tu...

disebabkan datang mengejut ..kami jamu KFC je lah..haha tak sempat nak buat apa2

Hari Raya ketiga...kami ke One Borneo KK
masa ni ariq sibuk nak bawak..lepastu bila terlanggar ngan kereta lain ha...terhantuk muka..lebam

suka kakak yin

Awal pagi dah berangkat ke Kota Kinabalu...memang merancang nak bawa anak-anak jalan..terlupa bagitau maid kami nak keluar..dia datang siapkan anak-anak pastu suruh dia balik je...cuti sajalah...esok je datang kerja..

melawat je tak dapat makan pon...nantilah bila2 datang lagi
Sebenarnya tujuan asal ke KK (selain jalan-jalan) nak gi makan steamboat kat Restoren Kampung Nelayan...taapi kami tak tau bila waktu restoran ni bukak..sekali datang..ha kau..pukul 6.30 petang baru bukak..sedangkan masa tu baru pukul 3.30..singgah sekejap ke City Mall lepas tu pergi Grace Point untuk makan ...

kat Grace Point


wuuuhuu


menu makan malam kami..nasi uduk dan kambing panggang
itulah aktiviti kami bila tak balik kampung...Alhamdulillah sederhana sahaja..sukakan anak-anak..

masuk hari raya ke enam..anak-beranak demam...alahai..