Aug 13, 2008

NAK LULUS ADD MATH?

Berdasarkan pengalaman 7 tahun mengajar Add math..ni la petua yang aku gunakan untuk pelajar aku yang lemah untuk lulus addmath..nak lulus add math bukanlah susah sangat tapi nak score A mungkin payah sikitlah (berdasarkan pengalaman pelajar PMR yang dapat C dan D matematik pun nak ambil Add Math jugak)




Kertas 1

Kertas 1 ada 25 soalan yang wajib dijawab..biasanya pattern soalan sama je.

Soalan no.1 biasanya dari Chapter 1-Function

Soalan no.2 Chapter 2-Quadratic Equation

dan seterus-seterusnya lah...(ada juga satu chapter keluar lebih dari 2 soalan)




Empat Chapter ini (biasanya tak keluar dalam Paper 1sebab chapter ni soalan pilihan Paper 2)

-Solution Of Triangle

-Index Number

-Motion Along A Straight Line

-Linear Programming



Cadangan

1. Jangan tinggalkan kosong- jawab semua soalan sehabis baik mengikut kemampuan anda

(sepatutnya tiada masalah untuk 10 soalan pertama kerana beberapa chapter telah diajar dalam matematik moden juga..)



2. Gunakan scientific calculator yang ada mode equation (dicadangkan Casio MS570)

- bertujuan untuk menyemak factorization dengan lebih mudah kerana factorization untuk quadratic equation

digunakan dalam banyak soalan(*tapi ingat-markah tidak diberikan sekiranya jalan kerja tidak ditunjukkan-

(calculator untuk tujuan penyemakkan)

- untuk mencari nilai binomial probability distribution -nilai X dengan lebih mudah tanpa menggunakan buku sifir

4 angka (walaubagaimanapun buku sifir disediakan semasa peperiksaan



3. Markah yang diperuntukkan ada dinyatakan dihujung setiap soalan..yang terdiri dari 2,3 dan 4 markah. Jawab soalan berpandukan markah yang diberi.



4. Formula telah diberikan di hadapan kertas soalan..(hampir semua formula)..walaubagaimanapun ia akan menjadi hiasan saja kelau anda tidak tahu menggunakan atau tidak tahu makna2 simbol..penting untuk anda "mesra" dengan formula-formula ini dengan membuat seberapa banyak latihan



5. Sekiranya ada dinyatakan dalam soalan contohnya : Without using scientific calculator..maksudnya anda diminta untuk menunjukkan jalan kerja penuh untuk menjawab soalan itu..walaubagaimanapun..anda boleh menggunakan mesin kira untuk tujuan semakan..



6. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 25markah (30/80) untuk kertas 1

7. Secara amnya Kertas 1 sangat membantu anda untuk lulus Add Math..pelajar yang biasa mendapat markah (60/80 dan ke atas) biasanya boleh mendapat A1 atau A2 untuk Add Math, semasa SPM sebenar..(mengikut pengalaman)

Kertas 2

Terdapat 3 Bahagian soalan dalam Kertas 2..Bahagian A, B dan C (semua sekali 15 soalan..wajib jawab 12)

Anda wajib menjawab semua soalan Bahagian A ((40 markah)
pilih 4 daripada 5 soalan Bahagian B (40 markah)
pilih 2 daripada 4 soalan Bahagian C (20 markah)

sekiranya anda sangat lemah dalam add math pastikan anda fokuskan kepada soalan2 berikut
Bahagian A -silmultionous equation (biasanya 5 hingga 6 markah-semak factorization guna scintific calculator anda)

Bahagian B- Linear Law (biasanya soalan no 7) (buat jadual (sekurang-kurang nya dua tempat perpuluhan )dan
plot graf-5markah..jawab soalan 5 markah)

Trigonometric Functions (cuba buat graf trigo kerana graf trigo tidaklah sesusah yg selalu
digambarkan)

Probability Distributions -pattern soalan biasanya sama saja

Bahagian C - bagi pelajar saya.. saya menyarankan mereka memilih tajuk Index Number dan Solution Of Triangle
untuk bahagian ini..kerana..Index Number adalah topik yg mudah..dan solution of triangle juga
tajuk yg tidak terlalu sukar..berbanding dengan Linear Programing(mengambil masa untuk
menjawab..mengintepretasi soalan kepada graf)..Motion Along a Straight Line (perlu mahir tajuk
differentiation dan integration..dan pelajar selalu tidak dapat menafsir tajuk dengan baik untk topik
ini)

# PERHATIAN-Untuk Bahagian B soalan-soalan dari topik lain yang selalu diuji ialah Coordinate Geometry, Statistic, Circular Measures, Vector, Differentiation dan Integration

Daripada cadangan saya tadi anggaran markah untuk topik2 terpilih tersebut ialah 70/180 (jumlah kertas 1 dan 2) peluang untuk anda lulus adalah sangat cerah sekali..jika anada dapat menambah 10 markah lagi..peluang untuk kredit berada di depan mata)

(1.Segala cadangan di atas adalah atas pemerhatian dan pengalaman (kursus teknik menjawab) yang telah saya ikuti@alami sendiri..sekiranya anda mempunyai guru2 pakar yang dapat memberikan ilmu atau strategi menjawab yang lebih baik saya sangat mengalu-alukan anda berkongsi dengan saya

2. Sekiranya anda telah pun mempunyai strategi menjawab yang lebih baik...dan cadangan di atas tidak memberikan banyak input malah mengelirukan..ABAIKAN SAJA

3. Sekiranya anda rasa ia membantu dan memerlukan lebih dari yang ditulis diatas anda boleh bertanya - akan saya jawab sekiranya mampu..InsyaALLAH)

20 comments:

cikgooden said...

wauiiiiiii...add math!..dulu dapat enam penin masa spm..kak..kakak..
syok dok sabah ni...(teringat masa dok sana 4 tahun!)

namzila said...

hmmmm...I tak amik Add Maths tapi g obersea gak...

nordee said...

re :cikgooden duduk Sabah kat mana eh

re :namzila..add math bukan tiket nak g obersea..tapi buruk bebenor sijil SPM kalau ambik addmath tapi dapat 9 huhu

nordee said...
This comment has been removed by the author.
Saudagar Mimpi said...

re :namzila..add math bukan tiket nak g obersea..tapi buruk bebenor sijil SPM kalau ambik addmath tapi dapat 9 huhu

Hahaha betui tu cikgu. Awat cikgu tak kasik tips ni masa saya nak ambik add math dulu, kalau tak dah tentu saya score gila2 punya...

Qaseh said...

x amik add math..apsal makin lama makin kecik tulisan...

nordee said...

re : doraemond1972 masa awak ambik SPM saya kecik lagi..hehe

Qaseh : dah betulkandah tulisan tu...semalam puas mengejas...tak boleh2 pun..hari ni ok pulak

chekgu Bani Hassim said...

cikgu bg tips nampak??
huhu...

add maths ni mmg susah laaa...
saye kalau kene repeat mase lalu utk reseat paper nih, mmg takmo..

tobat!

nordee said...

re :super guru...sedikit sumbangan dari sedikit ilmu yg ada ..tak bagitahu rasa rugi pulak..

cikgooden said...

sabah?..kota bah,,KK...bandar ba syia duludulu....kah kah kah...(teringin jugak mengajar di pedalaman sabah...eh kota marudu ka,,sempoerna ka...ndak sempat)

Soul-of-YaZz said...

tq 4 sharing, ckg.
saya copy artikel ni utk rujukan saya..harap dibenarkan..

nordee said...

syaz...tak jadi masalah..ambik ler..memang tujuan saya untuk student2 yg ambik addmath pun..

Anonymous said...

pembetulan... paper 1 x de jln kerja x pe... check dr jwpn naik ke ats...

nordee said...

yer tak de jalan kerja tak pe..chek dari jawapan naik atas...tapi sekarang ruang jawapan dah tak de..tak pasti sama ada boleh terima jawapan terus tanpa jalan kerja

lagipun tak rugi kalau tulis jalan kerja..kalau jawapan salah masih boleh cari markah di langkah kerja

Hafiz kage said...

Cikgu sekarang ni kalak lulus dan credit brp markah ye . kan selalu setiap tahun markah diturunkan . tapi saya nak tahu kebiasaannya

Unknown said...

Alhamdulillah..dari tips ni,saye dpt B+ Add math saye..Waktu trial saye fail je

Unknown said...

Tq ckgu,sgt brguna

nordee said...

Alhamdulillah...ada manfaatnya post saya ni...selagi format tidak berubah..insyaAllah masih boleh digunakan...cuma untuk 2 tahun kebelakangan ini soalan KBAT banyak ditanya...jangan terpengaruh dengan soalan yang macam bombastik tu...sebenarnya ceritanya sahaja lebih..jalan kerja lebih kurang sahaja

Amir Bahasa.. Alhamdulillah

Mike Young.. ur welcome

hafiz Kage.. nak lulus dan nak kredit bergantung kepasa graf tahun tersebut..yang saya nyatakan di sini secara puratanya sahaja

Unknown said...

Tak perlulah nak mendabik dada untuk OBERSEA you tu.

Tinta Tajdid said...

Thank you very2