Aug 8, 2008

CABARAN

ASET NEGARA


Terima kasih
serunai malam
kerana sudi memberikan komen..sebenarnya menjadi guru cabarannya cukup besar..tanggungjawab yang digalas juga bukan kepalang beratnya..(mendidik manusia..dari remaja mentah sehingga menjadi remaja berilmu dan terpimpin sifatnya)...sering aku mengingatkan pada pelajar-pelajarku..di dalam kehidupan kita diberi banyak pilihan..jadi pilihlah untuk menjadi orang yang berjaya..tinggalkan kenangan paling manis di sekolah..kenangan yang ingin selalu dikenang..apabila berjaya kelak..dan sering juga aku ingatkan..palajar yang berjaya tidak semestinya pandai dalam akademik..kerana kita dilahirkan dengan keupayaan yang berbeza..pelajar yang menjadi manusia berhemah dan bertanggungjawab sebenarnya lebih baik dari pelajar yang yang berjaya tapi kurang adab sopannya..

Remaja kini bukan macam remaja zaman aku dulu..zaman persekolahan aku dulu...mana ada internet..telefon bimbit..ps2 @ ps3..jadi kenakalan kami hanya setakat nakal-nakal kampungan..yang sekali diherdik atau ditengking termasuk semua urat perut..tapi remaja hari ni..(kalau dirujuk pada pelajar sekolah ku) hampir semua ada telefon bimbit (yg lebih canggih dari cikgu)..ada laptop sendiri (bawak kat kelas lagi tu)..setakat friendster..tagged...dan peminat cerita-cerita animasi yang pelik2 memang tak dapat di sangkal lagi dah..Besar sekali pengaruh globalisai pada remaja hari ini...dan senak sekali perutku bila mengingatkan remaja inilah yang bakal menjadi pemimpin 20 atau 30 tahun akan datang..


Dan lebih mencabar lagi apabila mereka disokong oleh ibu bapa secara membuta tuli...marah tak boleh..beri kerja rumah lebih tak boleh..suruh bersihkan kelas tak boleh (sebab kat rumah mak dia tak pernah suruh pun..kenapa cikgu pandai2 suruh..kononnya)..dan akhirnya kalau tidak kuat semangat.. guru akan berputus asa..hak mereka dinafikan sebagai pendidik..sedihkan..dan akibatnya..biarlah..bukan anak aku pun..nasib kaulah..aku takut sekali aku akan jadi begitu..semoga Allah permudahkan urusan pekerjaanku..kerana aku amat menyayangi pekerjaan mulia ku ini..AMIN


4 comments:

arowanabp said...

setiap kerja yang dilakukan ikhlas hanya kerana Allah pasti mendapat keberkatannnya

Azman Bin Sulaiman said...

Sahabat...bila saja memilih untuk menjadi pendidik, tanggungjawab pertama adalah untuk mengubah manusia..proses pendidikan akan berlaku secara formal atau sebaliknya. Olehkerana kaedah yang kita belajar di U dah semakin lapuk, maka pendedahan kepada pelajar akhir zaman perlu juga berubah..kalau Sains & Teknologi permintaan mereka..maka hunuslah 'Thumdrive' kepada mereka..beg semakin ringan kerana pen dan kertas bukan pilihan mereka. Kita juga perlu berubah seiring dengan perkembangan. Cikgu Boleh!!!

Anonymous said...

salam...tksh singgah kat umah sy. sy baru nak masuk 3 tahun di sabah. baru je lagi...

budak2 sekarang ni advance dari kita tau..

chekgu Bani Hassim said...

tu la yg baru saye nak ngeluhkan nih...
seminggu yang lepas, saye betul2 bergelar guru...
dah terase bahang dan bebannye...
tapi itu tak buat saye putus asa, putus harap...
beban digalas akan dipikul sebaiknya...
InsyaAllah...