Jul 30, 2015

Sambutan Aidilfitri 2015

Kami sekeluarga berhari raya di Keningau tahun ni....rasa-rasanya ni kali ketiga kami beraya di keningau...ingatkan cuti raya sikit..jadi kami sekeluarga pulang ke kampung masa cuti sekolah bulan mei ..sekali cuti raya ni bersambung sambung pulak dengan cuti peristiwa dan cuti berganti...apa nak kata..dah tak der rezeki nak rayadengan mak dan ayah...kebetulan tahun ni adik adik pun beraya rumah mertua masing masing...biasanya kalau kami semua tak de mak akan beraya di kampung, Seri Menanti, Muar...kat sana lagi meriah.mak sedara..pak sedara dan atok masih lagi ada...semua sepupu sepapat pun balik kampung juga

Apa menu raya saya di Keningau?  ..ketupat, lemang, kari ayam..rendang daging..lodeh.. dan kuih raya yang tidak dibuat walau sebiji pun...semuanya di tunjuk tunjuk dan dihulurkan duit  saja..

Persiapan anak-anaklah yang paling meriah....kebetulan kedua dua anak saya dapat berpuasa penuh...jadi keterujaan menyambut raya tu lm ebihlah lagi..Alhamdulillah niat saya nak mereka berpuasa penuh dan bersolat penuh dimakbulkan Allah. Suka juga bia mereka tak banyak kerenah bulan2 puasa...buka puasa makan je apa yang mama masak...tak de pulak  mintak nak makan pelik2...

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA

Ariq minta maaf papa

Mama sayang Ariq

Mama sayang kakak

menunggu tetamu datang...awal pagi orang tak ramai datang...sekali petang kena serbu sekaligus..

Jul 21, 2015

Bakar Lemang




Biasanya sambutan hari raya kami masak ketupat ..ketupat biasa dan ketupat lemak..masa saya kecil kecil dulu arwah nenek buat ketupat lemak pakai daun nipah..wangi baunya...walaupun daun nipah susah nak ambil tapi sebab nak kan sedap, susah pun sanggup juga diredahi..

Tapi buat lemang memang tak pernah..makan tu selalulah...buat nya tak pernah...sehinggalah kami suami isteri mengajar di Sabah.. pertama kali buat bila ada sambutan hari raya di sekolah suami..untuk pelajar sekolah jadi lemangnya pun banyaklah juga perlu disediakan...sampai beratus batang..

Dan tahun ni..buat pertama kalinya kami buat lemang sendiri...kat Keningau buluh lemang senang nak dapat..kami buat lebih kurang dalam 28 batang...satu batang rosak sebab pecah..dah masuk santan baru perasan buluh tu pecah..santannya meleleh

Alhamdulillah lemang kami jadi dan sedap...sedang elok je rasa nya..walaupun ada sebatang dua yang hangus sebab terleka masa berbuka puasa :P.. sebenarnya antara tujuan buat lemang ni sebab nak rasa suasana raya...sian anak-anak..dahlah tak balik kampung..biarlah mereka rasa keterujaan menyambut aidilfitri



bakar kat belakang rumah je

muka puas hati

masa nilah ada yang terhangus agaknya yer..hihi

May 16, 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

Tahun ni kami sambut hari guru bersama pengetua baru..walaupun kesedihan bila pengetua lama berpindah balik ke tempat asalnya di Ranau tapi sambutan hari guru tetap diraikan...Tema hari guru tahun ni ialah Anak Kampung...biasanya kalau tema macam mana pun saya jarang ambil bahagian...sebab saya mengambil gambar kalau ada program...jarang nak dapat berposing..

Sambutan hari guru diserikan dengan permainan tradisional...antaranya bowling buah kelapa..main teng teng..main getah... batu seremban..antara semua mainan tu main teng teng je kot yg saya ok...main getah paling buruklah...sebenarnya segan nak melompat  

Jamuan pun kami makan masakan kampung...kiranya tema keseluruhan memang kampungan semata-mata..hehehe..pelajar pun nampaknya teruja dengan tema ni...


anak dara dan teruna kampung

baru balik dari kebun katanya..

paling menang lah...teacher Dora dengan gaya inan

ni baru balik dari rumah tok mudim
hebat ooo tc Dora main teng teng
main batu seremban
baling kak jangan tak baling
menjamu selera

ini menebar jala di tengah padang sekolah

sambutan hari guru kali ni walaupun sederhana tetapi sangat meriah...



Apr 28, 2015

BILA SAMPAI MASANYA

Kematian tidak pernah melupakan kita walau kita selalu sahaja melupakannya..ia tetap sesuatu yang pasti..bila usia menjangkau ke angka 40..rasanya seperti hampir dan dekat sekali kematian itu..walaupun kematian itu sendiri tidak mengira usia..tapi angka 40 itu merupakan satu penanda aras yang sangat jelas..dimanakah kedudukan kita di sisi Allah..sungguh kadang-kdang rasa takut itu sangat mencengkam..tidak pernah kita tahu bagaimana agaknya cara nyawa yang dipinjam ini dipulangkan semula pada yang Maha Esa

Saya sentiasa berdoa dan berharap agar dunia tidak melalaikan saya..walau kadangnya dunia ini terlalu melekakan dan mengasyikkan..semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya..Amin

begitulah keadaannya bila sampai masa..kita akan kembali jua kepada Pencipta..bila melihat orang yang berada di sekeliling pergi dan tenat..rasanya masa kita juga seperti sudah tidak lama..bersedia atau tidak itulah persoalannya..

bila saya mendengar seorang ustaz menyatakan..sekiranya kita tahu betapa azabnya neraka itu..nescaya kita akan memberi sedekah walaupun hanya separuh dari sebiji kurma..
sesungguhnya keangkuhan dan kesombongan yang kadang-kadang tanpa sedar yang kita tunjukkan akan memusnahkan kita..rasa kehambaan itu sangat penting untuk sentiasa ada di dalam diri..perbanyakkan sedekah..memberi ilmu yang bermanfaat..

sesungguhnya ada rasa syukur yang tidak terhingga bila menjadi mualim merupakan kerja saya.. menjadi guru memberi saya ruang dan peluang untuk menyampaikan ilmu..walaupun yang saya ajar itu adalah ilmu dunia..tetapi peluang untuk mengiringi pelajar saya dengan nasihat itu sangat luas sekali peluangnya

saya hanya ada seorang anak yang saya harap dapat mendoakan saya dan ayahnya jika saya tiada kelak..mudah-mudahan dia sentiasa mengingati saya sebagai bonda yang sentiasa mengasihinya..mudah-mudahan dia tidak lupa dengan nasihat dan sedikit ilmu agama yang saya berikan padanya..mudah-mudahan lewat solatnya dia tidak lupa untuk menitipkan doa untuk bonda dan ayahnya.. walaupun anak kecil berusia 5 tahun itu pernah menyatakan pada saya dia mendoakan saya panjang umur sehingga 150tahun untuk terus menjaganya...saya harap dia faham yang bondanya tidak akan selalu atau terus bersama dengannya

Mudah mudahan saya istiqamah dan dapat pula memperbanyakkan amal di penghujung usia..diberikan Allah kesihatan yang baik dan dapat pula pergi kepada Penciptanya dengan keadaan yang tenang...AMIN


Apr 14, 2015

Dia minat matematik

Ariq masuk 6 tahun 26 Jun ni..ada satu perkara yang ariq sangat minat..minat mengira..mungkin sebab masa mengandungkan dia dulu hari hari dengar saya mengajar addmath agaknya kat dalam perut..atau memang sudah minatnya ..entahlah..tapi dia begitu obses dengan nombor dan tarikh.

 Kalender di rumah adalah antara benda yang sangat dia suka..kalau kalender hilang tanyalah ariq..tanyalah harijadi sesiapa kat rumah..semua dia ingat..dia boleh siapkan satu buku math dalam masa 1 jam..dia hadap buku tu sampai habis...sungguh dia minat agaknya..kalau dia malas nak belajar ...dia akan kata.."mama kita buat math jelah"..


biasanya masa menunggu papa datang ambil mama dan ariq kat sekolah tadika ..kami ada lebih kurang 30 minit bersembang anak beranak..jadi rutinnya..kami belajar mencongak..

yang ni dia sukalah...cuba suruh menulis...macam macam alasan keluar tak caya tengok 
gambar kat bawah..
muncung sedepa...hahaha


Raintree Beach Resort

Sebenarnya bulan februari haritu kami ke sini..saja mencari angin baru..melepas sikit lelah dari kerja harian yang sama je..

  dulu nama tempat ni Impian Jadi..ramai yang kata tempat ni macam sunyi sangat..jauh..memang reviewnya macam tak berapa ok..tapi selepas ada sorang kawan dari sekolah yang pergi ...dia kata ok..kalau nak tenangkan fikiran..kami pun pergilah

dengan bayaran rm198 saya rasa agak berbaloi dengan suasana yang ditawarkan..berdekatan dengan laut..memang sedap mata yang memandang...kalau anda rasa nakkan ketenangan..tanpa gangguan datanglah sini..

kami pergi hari khamis..memang waktu orang bekerja..kebetulan sekolah saya dan suami ambil cuti ganti (untuk Tahun Baru Cina)  dan sekolah anak-anak pun cuti berganti juga..jadi bila sampai sini memang tak ramai orang..

kalau nak buat hari keluarga pun sesuai kat sini sebab ada kawasan lapang yang bersih dan sesuai untuk buat aktiviti luar..

nak makan kat resort ni ada juga..tapi kami lebih selesa makan di Bandar Tuaran ..kira kira 10km dari sini..nak tengok gambar... jom

saya suka gambar ni...sebab masa ni memang saya sangat enjoy.. langit biru..pasir putih..angin agak kuat..

sangat rugi bila pemandangan cantik macam ni saya tak bawa dslr..ni pun guna kamera telefon je ambil gambar

ni bilik tempat kami menginap..rm 198 saja...kalau nak sewa bilik besar sikit rm 242

kepuasan anak anak mandi kat kolam..
kawasan nilah yang saya kata sesuai kalau nak buat hari keluarga
mereka berdua tersangatlah gembira...

view di depan bilik kami




Apr 8, 2015

Kelab Fotografi 2015

Tahun ni ahli kelab saya kebanyakkannya pelajar tingkatan 1..hehe..tapi sangat bersemangat nak belajar...walaupun malu malu..tapi mahu juga mencuba menggambar...kebanyakkan mereka tiada dslr..kalau ada pun ibu bapa punya...mana berani mereka nak bawak sekolah..hahah...sebenarnya cikgu dia ni pun bukan ler pandai sangat..sesikit ajar budak bolehlah...saya tubuhkan kelab ni dulu pun sebab memang kelab ni tak ada lagi di sekolah..disebabkan banyak aktiviti sekolah mesti didokumentasikan dan saya selalunya jadi AJK foto...tubuhkanlah kelab ni..

Selepas ajar ahli kelab tentang kemahiran asas ..hari ni suruh mereka praktikkan..bolehlah kan...kami (guru dan pelajar) sama sama belajar ...:)..hasilnya..





Apr 4, 2015

BUJANG

Lepas penat jogging kat Komplek Sukan Keningau hari tu kami sekeluarga gi minum kat kantin kompleks...tetiba ada sekor anak kucing ni datang kacau minta makan...boleh tahan gemuk dan cantik juga badannya..saya main main..dan terus jatuh cinta dengan dia...saya tanyalah adik tuan punya kantin..."kucing kau ke ni?... dia kata.."ada orang buang..masih menyusu masa kena buang..3 ekor adik beradik..tumpangkan susu kat ibu kucing kat sini" kata dia..."kalau nak bawaklah balik"..dia kata kat saya...
Saya fikir-fikir juga..kat rumah dah ada 3 ekor..agak agak kalau tambah sekor membebankan ke tidak..tapi sebab muka kucing tu yang sanga menggoda..saya tak tahan...akhirnya saya bawa pulang...nasib baik dia dah pandai makan makanan pejal..jadi tak rumit sangat nak menjaga...dalam kereta masa perjalanan pulang..macam macam kami fikir nak bagikan nama apa kat kucing tu....akhirnya..suami saya namakan dia Bujang...

Balik rumah saya masukkan dalam sangkar...mula-mula kucing saya yang lain macam rasa terancam ..tapi disebabkan budak bujang ni cenonet je lagi akhirnya semua pun ok...nampaknya kehadiran bujang macam jadi permainan pulak dengan kucing yang sedia ada..
mmmmauuahhh..sayang bujang

saya memang tak dapat tahan hati tengok dia

cubaan gigit kaki abang totom

semua kucing dia nak usik

Budak Bujang kecit ni kaki buli sebenarnya..:)

Mar 7, 2015

Mimi dan Queen

saja nak update pasal kucing kucingku tersayang..muahhh

Queen 7 bulan

mimi 6 bulan (nakal..susah nak handle)

suka kena sikat bulu

sedang berfikir fikir nak buat onar..muahahaha


Keputusan SPM 2015

Saya nak ulas mengenai subjek yang saya ajar sahaja...

Add Math..
 untuk sekolah harian biasa di daerah pendalaman saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi .. sekolah saya bukanlah sekolah pelajar terpilih. Yang masuk aliran sains pun bukannya dari pelajar yang mendapat keputusan hebat semasa PMR..namun itu semua bukan alasan untuk mendidik mereka menjadi cemerlang..ini tahun ke 14 mengajar add math..pelbagai bentuk manusia pelajar yang saya temui..terlebih rajin, rajin, malas sikit, malas banyak, tersangat malas..semualah ada..
tahun lepas saya tukar strategi mengajar untuk kelas kedua yang mengambil add math..hampir 80% tumpuan saya beri pada kertas 2..saya rasa mereka sampai jemu buat 4 topik yang sama berulang-ulang..Simultaneous Equation, Linear Law, Index Number dan Solution of Triangle.. buat sampai mahir..dan untuk kertas 1 saya ulang juga buat tajuk yang sama Function, Quadratic Equation.. Quadratic function, Vector dan Circular Measure ..
 Alhamdulillah..dari hampir 70 calon 6 saja yang gagal.. 12 dapat A..(termasuk A+, A dan A-)

Fizik

Ini adalah tahun ke 13 saya mengajar fizik..tahun ke 13 juga keputusan 100%. Tahun ni agak mengecewakan kerana GP Fizik turun...sedih sangat..huhu.. 4.86 je...sedihlah. 1 orang dapat A+..2 lagi dapat A. kalaulah 14 orang yang dapat B+ dan B tu boleh ditolak ke A..alangkah..
Apa pun saya bersyukur juga..dengan kemudahan makmal yang sangat daif mereka masih mampu mendapat keputusan yang agak baik