Oct 7, 2008

ATUK KU KAWIN LAGI


ATUKKU


auni kepohci ngan dini



gosip..hehe

sepupu sepapat


amboi dak amin..tak toleh kiri kanan

dahliah..atuk..nenek..aku

akad nikah

sarung cincin

ngan mak kat tepi tingkap

suami dan atukku





Hari raya ketiga..atuk (sebelah mak) aku telah menamatkan zaman dudanya...Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan dengan lancar...semoga atuk aku bahagia bersama isteri tercinta...semoga kesepian selama ini dapat diubati..segala masalah dapat dikongsi..dan abadi hendaknya kasih sayang yang bakal dibina...semoga bahagia atukku...Yahooo...dapat nenek baru..hehe

gambar-gambar ni diambil masa majlis nikah atuk hari tu

(sebenarnya atuk aku ni berketurunan cina..jadi anak angkat keluarga melayu sejak kecil lagi...sebab tu mata dia sepet..)

Oct 4, 2008

LEBARAN di KAMPUNG KU

bersama suami tercinta

dari kiri : aku..suami..amin(adik lelaki)..mak (atas kerusi)..dahliah..ayah
mak dan anak-anak perempuannya..
ayah ngan amin


Alhamdulillah...lebaran ini disambut dengan begitu bermakna sekali...berlapang dada momohon maaf dan memaafkan ..bersembahyang raya di Masjid Kampung Berangan Enam Umbai..serba biru kami sekeluarga..tanpa perancangan..tapi kebetulan ..pastu berposing depan rumah..ambik gambau raya ala-ala CSI..kuang-kuang-kuang..tapi adik lelaki yang kedua beraya kat umah mertua tahun ni kat Kedah..sedih gak dia tak de..tak cukup lak rasa..

pagi raya pertama kami ke rumah atuk hasan.atuk sebelah ayah..(sedapnya makan sup gearbox)..rumah nek long(makan lemang)..long lelaki..long perempuan..long pernu..rumah abang jam (makan ayam goreng berhabis)..

kiranya raya pertama kami pengisiannya sangatlah padat..

Sep 23, 2008

Salam Lebaran


Assalamualaikum..semua..kiranya ni entry terakhir saya sebelum balik kampung...jap lagi kami nak bertolak dah ke Airport KK..doakan perjalanan kami selamat ye..

Kepada semua kawan-kawan..saya nak ucapkan Salam Aidilfitri...semoga Syawal ini mendapat keberkatan dari Allah setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa...siapa yang lom bayar zakat tu..cecepat le gi bayau..jangan tangguh2..nanti terlepas pulak...

InsyaAllah saya akan buat n3 baru selepas 10 hari ...saya nak cuti ni.....SALAMMMMMM

Sep 21, 2008

TAGGED Lagi...Imbauan Sejarah



tagged dari syahna... jawab jelah ye

1) 1st time naik kapal terbang
- Masa first time datang Sabah ..tahun 2002..

2) 1st time gi overseas - Tak pernah pun...Singapore tu kira oversea ke?

3) 1st time duduk jauh daripada family
- Tahun 1995..kat UTM Skudai

4) 1st time kerja...
- Lepas SPM ..kerja kilang..kat EPSON, Kempas, Johor

5) 1st time rasa diri gemuk
- Beberapa bulan lepas kawin...cepat betul badan mengembang...ada orang tiup agaknya..kih-kih..

6) 1st time bercinta?
- Masa umur 16 tahun..tahun 1994..eiii gedik lak rasa

7) 1st time rasa diri cantik??
- poyo je soalan ni..kalau jawab lagi le poyo

8) 1st time masuk cinema
- tak pernah sekali pun seumur hidup...kalau kena tipu apa yang ada kat cinema tu pun aku tak tau

9) 1st time admitted in hospital
- rasanya masa umur beberapa bulan..demam panas..

akhirnya...habis jugak...

Sep 20, 2008

Lagi 4 hari


Kalau gi KK ..santai-santai kat tepi laut ni..macam-macam kapal terbang yg mendarat boleh kita nampak...MAS..AIR ASIA..DRAGON AIR..(dll) dan bila nampak je kapal terbang mesti teringat kampung...huwaaaa...lagi 4 hari aku nak balik kampung..menghitung hari tuh..rindu giler...lagipun dah 4 tahun beraya di Sabah..rindu nak merasa suasana beraya kat Melaka..pagi raya yang ada mak ayah..kalau kat Keningau..kami beraya ngan kawan-kawan..hari2 gi open house umah kengkawan... .....

hati aku cam dah tinggal separuh je kat Keningau ni..kat sekolah pun macam dah dipenuhi dengan mood raya @ mood cuti...kengkawan sibuk beli kuih raya (macam tak dengar pulak yg buat sendiri..kih kih kih)..sibuk belikan anak2 baju raya..nak tukar duit raya..


semoga perjalanan kami nanti selamat adenya...
INSYAALLAH

Sep 17, 2008

Hadiah Dari Yang Tersayang

yang ni emas putih..tapi lampu rumah kuning.. dah
nampak
kuning pulakkan


2 in 1..bila di bukakan

jadi satu..bila di satukan..macam hati kami...ahaks

sebenarnya...suami aku ni membeli hadiah bukan jenis yang ikut tarikh pun...bila dia kata nak beli..dia main beli je.ulangtahun kelahiran ke..perkahwinan ke..langsung tidak terikat dengan tarikh-tarikh tertentu....dan kalau dia nak beli satu ..dia beli je satu...tapi kalau dia nak beli dua..masakan aku mampu menghalangnya.he..he..

jadi ..mungkinlah agaknya sempena ulangtahun aku yg ke 31 ni..maka dia telah menghadiahkan aku..jeng-jeng-jeng...dua bentuk cincin...satu emas putih dan satu emas kuning (yang emas kuning ni 2 in 1) jadi kalau kira ...3 bentuklahkan...mmmuuuahhh sayang dia...tapi kalau dia tak belikan pun sayang jugak... sebenarnya dia ni jenis yang suka sangat dengan barang kemas + batu permata..dan Allah tu Maha Kaya..dijodohkan dengan aku ni yang tak berapa gemar sangat nak pakai barang -barang kemas ni sangat...kalau tidak..sure..kempis poket..huhu..cantik tak cincin yang diberi kat gambar atas tu..ehemmm

Sep 15, 2008

Selamat Hari Lahir Untukku



Alhamdulillah...16 September datang lagi....aku tak pernah menjangkakan tarikh ini begitu kontroversi sekali tahun ini....apapun..aku bersyukur sekali kerana Malaysia ku ini masih aman..kerana di sinilah bumi yang ku pijak dan langit inilah yang aku junjung...

16 september genap usiaku 31 tahun..menurut mak aku lahir pada 2 syawal..dalam bulan Islam..nanti raya ke 2 aku sambut birthday lagi sekali..huhu...

Dan aku sangat-sangat bersyukur dengan segala kurnian Allah ini untukku..syukur yang tidak dapat aku lahirkan lagi hanya dengan kata-kata...sama ada nikmat atau ujian ..aku tahu Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya..

kepada suamiku...terima kasih sayang..kena memberi aku kebahagiaan yang aku impikan selama ini..terima kasih kerana mengambil berat..memberi sokongan..memahami tugasku sebagai guru..anak..dan kakak pada keluargaku..terima kasih untuk perjalanan sebuah cinta yang sejauh ini...

kepada bonda tercinta..terima kasih kerana sudi melahirkan aku..mendidik ..menyekolahkan..dan memberi nasihat dan bimbingan ketika aku hampir terjatuh dan tersungkur..

kepada ayah..terimakasih kerana sentiasa bertanggungjawab mencari nafkah untuk menanggung anakmu ini sehingga dia boleh membina hidupnya sendiri..

kepada adik-adik..terima kasih kerana sudi memahami..memberi dan menerima dengan seikhlas hati

kepada keluarga keduaku...ayah mertua..abang..kakak ..dan adik ..terima kasih kerana menerimaku ..seadanya aku..

buat teman-teman persekolahan..satu universiti..dan rakan sejawat..tanpa kalian rasanya hidup ini sepi sekali...

buat pelajar-pelajarku...terima kasih kerana sudi menerima sedikit ilmu yang ingin aku sampaikan.. sedikit pesan dan nasihat sebagai tangkal di kala kesakitan dan kelelahan..sepotong doa dari kalian untuk gurumu ini...sudah sangat memadai...

TERIMA KASIH pada semua yg ber sms..menelefon dan mengucapkan secara langsung padaku..diulangtahun kelahiran ku ini...Semoga Allah mempermudahkan urusanku di Dunia yang Fana ini..dan Di Akhirat kelak..semoga syurga itu menjadi tempat terakhir yang abadi untuk kita semua...AMIN

Sep 13, 2008

sweeeeeeetnye..


ni syah yang bagi...saya copy paste je ye..tq syah..pasni saya nak bagi kat

azisazahar
sufiidany
qaseh
laatahzan
kutaksempurna

selamat mengetag dan ditag...

Sep 9, 2008

Hari Ahad Yang Ceria





Ahad lalu aku dan suami ke Kota Kinabalu...seawal jam 6.50pagi kami bertolak..nak ke Pasar Tamu Gaya sebenarnya..mencari cenderahati untuk dibawa pulang raya nanti..Alhamdulillah dapat juga membeli keronsang..gelang mutiara dan kristal..butang baju melayu untuk kaum kerabat kat kampung ..maklum le..sedara mara ramai...

Alhamdulillah perjalanan pagi kami begitu menenangkan..sejuk dan damai sekali negeri di Bawah Bayu ini....serasa hati dan perasaan terbuai bersama damainya suasana pagi di Banjaran Croker..

Habis bershopping kami singgah bergambar di tepi laut mengadap ke Pulau Gaya..walaupun cuaca agak panas...tapi..masih membahagiakan..mungkin Berkat Ramadhan ada di mana-mana..Maha Suci Allah...

Sep 8, 2008

Di Tagged


sebab saya telah ditagged oleh cikgu BH..saya ikut je le...(tak pandai benornya tagged mentagged ni)

dan kengkawan yang telah ditagged ikut je arahan ni

1) juz copy n paste the image n post it to ur blog
2) then pilih 5 rakan2 utk menerima homework ini, lebih pon takpe
3) tinggalkan msg kepada rakan2 ituh sbg 'alarm' bhw mereka telah di-tag
(arahan ni pung copy-paste jer..hehe)

dan kengkawan yg terpilih tu adalah
-syahna
-nurain
-santalia
-sikachak
-azisazahar