Apr 13, 2014

Perkembangan Nur Zuyyin



anak dara nan sorang


Karektor Nur Zuyyin yang paling ketara ialah manja... dia adalah individu yang tak boleh ditegur dengan marah-marah...kalau nak tegur kena guna pendekatan hati ke hati..

Suatu hari... saya ambil dia dari sekolah...cikgu kelas dia tunggu saya...biasanya kalau ada benda yang cikgu dia nak bagitahu dia akan datang jumpa saya terus... belum sempat lagi cikgu tu nak bagitau apa nurzuyyin  buat hari tu ..dia cubit cikgu dia...cubit ok...cubit... adoilah ...saya tak pernah imagine anak saya cubit cikgu...nak tergelak pun ada...

anak perempuan ni lain betul cara nak didik...sensitif... kata dia kata dia jugalah...kalau marah lebih dia kata kita tak tak sayang dia pulak....

kalau belajar memang rajin berbanding ariq..balik je sekolah sampai ke petang ..sampailah malam...buku dengan pensil kat tangan..melukis..mewarna..menulis...dia tak berapa suka menonton tv macam ariq...

dari segi sebutan ada lagi beberapa perkataan yang nur zuyyin sebut ikut gaya dia..contohnnya

pertama jadi ketama.. buah-buahan jadi buahan buahan.. kaki jadi taki.. bantal jadi mantal.. puteri jadi punteri.. dan banyak lagilah...

membaca dah pandai jugalah...tapi kena mengeja.. tak boleh baca terus ..kalau ariq baca terus ikut suku kata..

matematik dia suka..mengira tambah tolak tak de masalah sangat..

perkembangan fizikal..dia semakin tinggi dan susut..bebanding dulu nampak perut je dari jauh..tapi sekarang muka pun dah kecik sikit..


kalau mandi sungai..selagi tak kena jerit tak naiklah dia...

masa ni dengan ariq mengeruk isi kelapa

sayang nur zuyyin 



lukis warna lukis warna berikan dia 

Apr 12, 2014

Perkembangan ARIQ


ARIQ -4 TAHUN 10 BULAN

Pada suatu pagi masa nak hantar ariq dan nurzuyyin ke sekolah , tiba-tiba Ariq cakap dengan saya..

"mama ariq rasa otak ariq ni macam perpustakaan lah...macam macam benda ariq nak baca"..

saya terdiam sebab cuba nak  hadamkan apa yang dia maksudkan...mungkin terlalu bayak benda yang dia nak bagitahu dan terlalu banyak juga benda yang dia nak tanya.. ariq kalau bercakap memang ayatnya macam ayat buku.. senang nak faham..walaupun masih gagal sebut huruf R dengan betul..hihi.

dia suka sangat kalau saya baring sebelah dia dan berbual dengan dia..muka dia akan nampak sangat ceria...mungkin banyak benda yang dia nak kongsi..cerita tentang kawan kat sekolah..kartun kat tv..cikgu ajar apa ..kakak yin buat apa...semua dia nak bagitahu..

sebenarnya ariq bukanlah kategori budak yang rajin sangat belajar...balik rumah dia akan terus buat kerja sekolah yang cikgu bagi...lepas tu dia akan cakap dengan saya..:mama ariq dah belajar...jadi lepas ni ariq tak payah belajar lagi"...dah siap kerja terus simpan buku dalam beg..lepas tu terus suruh bukak TV..huh..tapi bila menonton memang kena pantau cerita apa yang dia tengok...dia jenis budak yang sangat fokus bila menonton...jadi kalau yang di tonton tu kartun ganas sekejap lagi mulalah dia yang lebih nak berlawan2... jadi saya senaraihitamkan beberapa cerita kat TV untuk dia...yang bagusnya dia ikut arahan...tak boleh maka tak tengok..

cabarannya bila mendidik ariq ialah...kita kena bersedia dengan apa yang dia tanya..tak boleh mungkir janji...tak boleh bercakap ikut suka sebab dia sangat pengingat..

"cik yin kalau nak melangkah lebih jauh minumlah MILO" kata ariq... saya kata eh...mana dia dapat "MELANGKAH LEBIH JAUH"  ni...saya tunggu iklan Milo...ok memang ada kat situ

"mama ariq minum horlick ni..ada 23 protein di dalamnya...ia membuatkan tulang ariq lebih kuat dan membantu TUMBESARAN ariq"..  huh..memang serap habis iklan kat tv...

"mama ubat gigi ni tak berapa bagus ..apa kata kita bertukar kepada sensodyne"..

Alhamdulillah dia dah pandai membaca.. untuk umur 4tahun 10 bulan ..saya rasa agak cepat juga..tapi ada juga perkataan yang panjang dan susah kena ajar .. matematik tak de masalah sangat...mengaji pun Alhamdulillah banyak mengenal jugalah..ada 7 surah yang dia hafal..doa-doa pun dia ingat juga sebab selalu kena tanya..Alhamdulillah semuanya ikut perkembangan yang sesuai dengan usia..

Makan... dia tak memilih sangat..tapi kadang-kadang susah nak makan..paling dia suka Yogurt.. kalau makan tak cukup 1 ..kalau beli satu muka terkulat2 tak cukup.. sayur2 pun dia makan juga...tempe pun sental jugak..hahaha..saya suap je...mulai bulan ni keropok adalah dilarang....pandai cakap.."keropok banyak garam tak bagus makan kan mama".. tapi pantang ada peluang..bukan main lagi dia hadap...

Perkembangan fizikal Alhamdulillah makin meninggi...berat badan pun ok
..berlari..memanjat..menendang..memang tak de masalah..

ALHAMDULILLAH semoga ariq membesar dengar sihat..cerdik dan ceria selalu...






TUTORIAL MENCUCI KASUT SEKOLAH DENGAN PAPA

DENGAN KAKAK NURZUYYIN @ CIK YIN

SENYUM macam ni memang gaya Ariqlah

muncung sedepa sebab kena paksa belajar




Mar 17, 2014

Rawak

Sepanjang menjadi guru saya rasa tahun ni macam penat sangat..baru bulan 3 tapi saya macam terkejar-kejar semua perkara...sampai kena duduk dan senaraikan satu persatu ..apa yang harus dibuat dulu dan apa yang boleh ditangguh sekejap..apa ke gile semuanya disumbat dalam bulan Mac ini...aihhh..sesak nafas rasanya..

Bulan mac bermula dengan pendaftaran SPM..lepas tu ada Sukantara..diikuti merentas desa..sebelum tu ada lagi Forum Perdana..Badminton peringkat daerah..ni nasib baik pertandingan silat ditunda ke bulan April..belum lagi kena buat 3 set soalan untuk Ujian Mac..fizik form 4 dan form 5 dan satu lagi addmath form 5..tiba-tiba ada satu lagi tugas menyusul..ketua panel pemilihan penerima anugerah ....akhirnya pendaftaran 90% boleh dikira siap..tinggal buat semakan dengan pelajar..lepas buat pembetulan bolehlah hantar... soalan Ujian Mac pun telah diselesaikan..tinggal nak ketip je lagi soalan fizik form 4..badminton, forum, sukantara dan merentas desa sudah pun berlalu..huhhh lega...yang bakal menanti.adalah pertandingan silat dan seminar teknik menjawab soalan..

dan ..result SPM nak keluar dah 20 mac ni...tu lagi satu..pengetua dah pesan suruh buat analisis ikut kelas. Nanti meeting 3/4/ 2014 bentangkan... belum lagi buku budak melambak nak kena tanda...kalau tak tanda kang budak nak ulangkaji susah lah pulak..rasa cam nak tarik nafas panjang- panjang..pastu nak jerit kuat kuat...hahhh... bila dah terlalu banyak tak tau nak mula mana dulu...dah lah kebanyakan program jadi ajk foto.. kena tunggu sampai habis acara..membawa kamera ke sana sini...lenguh kaki yang hamat...

ok ini bukan rungutan..saya bersyukur saya ada pekerjaan...saya sayang kerja saya...sangat.. cuma nak lepaskan sikit bebanan kat dalam dada ni je...bila dah luah rasa lega sikit.. tak pe minggu depan cuti.. boleh rehat lebih sikit..

Mr.Nuh bersama 3 isteri orang

bertugas masa badminton

panaskan badan sebelum merentas desa

Ajk penjaga masa yang ceria

bertugas di tengah panas terik
 
 
 
 
tengah menahan panahan terik cahaya matahari ~ sukantara

Jan 15, 2014

Melaka Planeterium



JOM belajar astronomi


Kami ke sini masa cuti hujung tahun lepas...tempat ini adalah tempat yang paling sesuai untuk menjawab pertanyaan anak bujang saya yang baru nak masuk 5 tahun tu tentang meteor..

oh..saya dah tak larat nak jawab kalau dia tanya meteor tu apa...lepas bumi ada matahari ada bintang ada planet lepas tu ada apa lagi...lepas tu cerita tentang tahi bintang tak sudah-sudah..JADI kami bawa dia ke sini untuk menjawab semua persoalan dalam kepala..


sebenarnya saya tak pernah pun ke Planeterium Melaka ni...ini adalah kali pertama..


Waktu dibuka

ISNIN -JUMAAT : 8.30pagi-5.30petang
SABTU -AHAD : 9.00pagi-6.00petang


Berapa bayaran masuk?

RM10 sahaja untuk orang dewasa
Kanak-kanak bawah 7 tahun PERCUMA
Pelajar sekolah rendah RM 5.00 (RM 4.00 kalau datang berkumpulan)
Pelajar sekolah menengah dan IPT : RM 7.00 (RM6.00 kalau datang berkumpulan)
* kalau cikgu sains form 3 rajin nak atur program lawatan sesuai sangat ...untuk memenuhi 2 chapter terakhir form 3



Apa yang paling best kat sini

3D Space Theater..

dengarnya sistem teater ni antara yang canggih di Asia..Lengkap dengan teknologi seni audiovisual (dengan Evans dan Digistar 3 serta sistem Sutherland~kombinasi yang kuat perkakasan dan perisian yang mampu menjana mendalam imej kubah penuh dengan masa nyata 3D komputer grafik, simulasi astronomi dan video kubah penuh) 

Rangkaian filem 3D yang ada mempunyai semua maklumat pendidikan untuk semua yang menjanjikan mereka yang unik pengalaman cakerawala benar-benar menakjubkan. apa taknya..rasa cam matahari nak jatuh kat muka dah...dahlah tempat duduk tu kita kena macam baring sikit...seolah2 baring tengah padang sambiltengok bintang kat langit...jakun giler sebab tak pernah tengok screen bentuk kubah...haha..


selepas menonton






tempat ni muat 250 tempat duduk..

bujang kecil saya adalah orang yang paling teruja sekali..sekejap-sekejap dia pandang saya sambil buat muka kagum...hahaa..



dia sangat bangga sebab dia tahu mana BUMI...huhu



selain teater banyak jugak sejarah angkasawan dunia di ceritakan di ruang pameran..tak ketinggalan jugak replika kapal angkasa .. 

Dec 11, 2013

KAMPUNG MORTEN

Sebenarnya tak de perancangan pun nak ke sini...hari yang tu sepatutnya kami ke Taman Mini Malaysia...tapi tak ade rezeki nak ke sana..sebab hujan lebat sangat-sangat..memandangkan hari dah nak petang pun..kami terus pergi Api-api steamboat..makan kat sana... balik dari sana baru singgah ke Kampung Morten ni...Kalau naik River Cruse memang lalu kat Kampung Morten...suasana malam kat sini memang cantik

Kampung Morten terletak lebih kurang 15minit perjalanan dari Banda Hilir..bersebelahan dengan Sungai Melaka..dinamakan Kampung Morten bersempena dengan nama J.F Morten..iaitu Pesuruhjaya Tanah pada tahun 1920an

Kalau rasa-rasa nak menambah tempat melawat sekitar Melaka..tempat ni memang sesuai..kampung tengah bandar ni memang nampak unik..lagipun kerajaan negeri memang jaga sangat kampung ni ..

Kalau nak menginap kat homestay kampung ni pun boleh...manalah tahu teringin nak tidur kat rumah kayu dalam bandar kan..
rumah melaka replika ni memang idaman kakak la...macam main pondk-pondok agaknya dia rasa...

mak dan ayah...kat tangga rumah orang....

kami ramai-ramai beriadah petang tu

tuan punya blog nak tumpang sekaki juga bergambar

sebelah kiri kawasan kampung..sebelah kanan sungai melaka..sebelah sungai melaka bandar dah..

Dec 1, 2013

golden straits villas beach resort port dickson

Saya dan adik ipar bersama keluarga masing-masing ke sini... mandi laut bersama anak-anak...seronok sangatlah kan...maklum le dah tua-tua gini mandi laut ...bukan main le seronoknya ..hihihi,,kami menyewa apartment 3 bilik..RM 350 satu malam...oklah setakat nak bermalam...

kalau nak mandi kolam kat bawah apartment pun ada....tapi kalau nak mandi laut kenalah melintas jalan.. tepi pantai agak bersih..walau tak dinafikan ada juga tangan-tangan gatal yang membuang sampah..huhu

kami ke sini dua hari satu malam je...tapi biasalah musim cuti sekolah...orang ramai...anak-anak saya sangatlah teruja mandi laut..last mandi laut kat tanjung aru...kali ni pergi dengan sepupu sepapat....lain macam keterujaan masing-masing..


bila gi PD saya teringat dulu saya PRAKTIKUM kat SMTPD.. 10minggu berulang hampir setiap minggu PD ke Melaka...masa tu baru seminggu kawin..hihi..naik motor baik punya..berhujan panas ..demi sebuah cita-cita..


kakak zuyyin tak habis-habis nak ejas pelampung ...

posing lah jugak... guna kamera hp..


ikan duyung montel

inilah makna teruja terlampau


kat bilik pun dengan pelampung ni jugak


papa nak jugak....kui kui

Nov 29, 2013

KENDURI ARWAH ATUK

Balik kali ni mak buat kenduri untuk arwah atuk...setahun je atuk duduk rumah mak .setahun jugalah sempat mak dan ayah menjaga atuk di hari-hari terakhirnya...meninggal pada usia 95tahun di malam Jumaat yang penuh barakah...semoga Allah menempatkkan atuk di tempat orang2 yang diredhainya...AMIN

kali ni kenduri rumah mak semua kami adik beradik dapat berkumpul...lebih kurang 2 tahun kami tak berkumpul bersama...saya di Sabah..adik nombor 2 di German..adik bungsu di Johor..merata kami adik beradik...bila semua dapat berkumpul indah terasa hubungan kekeluargaan..persaudaraan sedarah sedaging..

Mak masak nasi lemak je malam tu...kenduri lepas isyak.. nasi lemak kukus, sambal udang, sambal ikan bilis, ayam goreng berempah, kuih seri muka, buah oren.. air teh susu.. emmm.. yang lucunya.mak beli santan siap dari kedai..ingat nak mudahkan kerja..sekali santan dah bau lain macam..terpaksalah juga mesin kelapa sepuluh biji..perah santan baru... santan yang beli tu goreng je buat minyak kelapa..dan tahi minyak..huhu




tahlil

dari kiri..ucu amin..along..mak uda..pak ngah

kami 4 beradik..2 lelaki 2perempuan..selang bunga..


kira mak long kanan mak... sepupu ..sahabat selamanya...

mak dan anak2nya..mak paling gembira bila semua anak-anak ada di sisi

tahun depan Insya Allah adik kat German balik semula ke Malaysia selepas habis bertugas kat sana... kalau ada rezeki harap-harap raya nanti dapatlah kami bersama-sama..

Nov 28, 2013

BALIK KAMPUNG CUTI HUJUNG TAHUN

Tahun ni saya balik agak lambat ..menguruskan peperiksaan SPM..walaupun jadual bertugas sepanjang peperiksaan telah pun disediakan..risau juga nak balik awal..manalah tahu ada apa-apa masalah...terpaksa susahkan orang lain pulak..jadi langkah selamat saya tunggulah selagi boleh...

Seperti dijadualkan penerbangan kami lebih kurang jam 1:15 petang.. tapi awal pagi lagi kami dah bertolak dari Keningau.... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..penerbangan ok..sampai rumah mak lebih kurang pukul 7 malam... :) ..gembira anak-anak dapat balik kampong..semoga cuti kali ni semua sihat...dapatlah kami berjalan ..kalau tak jadi penunggu rumah sebab sakit bersambung-sambung...dari papa..mama sampailah anak2...semua nya tak berapa nak tahan kalau beralih angin.... :(


sampai dah terbaring-baring anak dara mama tunggu flight

sempat bersarapan


seronok la tu...

melayan movie...

Oct 5, 2013

Mari mewarna

Kalau beli buku untuk anak-anak tak sahlah kalau tak de gambarkan...dan bila berkaitan kanak-kanak tak sahlah kalau tak mewarna......kat rumah ni kakak Nur Zuyyin memang suka sangat mewarna...sampai saya tak tahu berapa banyak dah warna saya belikan dia...dari warna pensel, crayon , warna air. magic color . Kalau warna pensel tu entah berapa kotak tak taulah.. yang 12..24.. 16 batang.. yang pendek yang panjang..Akhirnya kotak pun hilang ..bila dah bersepah-sepah sana sini..mama ambik bekas besar masuk semua dalam tu...bila nak pakai angkut je bekas besar tu...semua ada..hihi

Masa mula-mula dulu ariq memang ada masalah nak pegang pensel..jari dia macam tak berapa kuat je mama tengok masa pegang pensel...tulisan jangan haraplah...asal boleh je dia tulis...tapi bila dah selalu buat akhirnya ok dah dia pegang pensel tu...bila dah selalu seronk pulak dia...suka bila hasil kerja dia cantik .....(cantiklah untuk umur budak 4 tahun ..hihi)  


ni hasil ariq mewarna..oklah kan budak tecit 4 tahun ni mewarna

yang ni kakak montel warna..oo yer yang bintang2 tu mama kasi..ala2 cikgu tadika..hihi

seronok bila anak-anak dah besar...suka tengok perkembangan budak-budak ni

Oct 1, 2013

Perkembangan anak-anak

Kakak Nur Zuyyin 4 tahun 11 bulan



Yeayyy bulan depan kakak dah masuk 5 tahun...yer 5 tahun dah anak daraku...yang tembam ..yang manis..yang montok...

Kakak sekarang dah pandai buat banyak perkara sendiri..mandi..pakai baju..makan...semua dia urus sendiri..cuma kadang-kadang datang manja dia.."mama nak dukung".. aiiyoo.. kalau ada kerja sekolah pun lekas2 dia bagitahu..dan dia sangat seronok bersekolah..

dia pun dah tahu ikut peraturan kat rumah..bila main mesti kemas..bila makan atau minum mesti letak pinggan atau cawan kotor dalam sinki..sampah mesti buang dalam tong sampah..lepas keluar bilik air pintu mesti tutup..masa belajar dan mengaji tv mesti tutup.. lepas belajar buku2 mesti kemas..

kakak tak banyak mulut..tapi kalau start bercakap boleh tahan jugak nak melayannya..kalau tidur kaki masih lagi singgah kat pinggang mama..tak pun mesti pegang mama sikit..sebab tu mama panggil dia kembar siam mama..

cerita kegemaran kakak sekarang Sofea The First.. dah request nak birthday cake sofea..mana mak kau nak cekau ni..

paling suka mewarna...bab mewarna memang kemas..math pun boleh tahan..mengaji dan sampai 2 huruf bersambung...

berat badan 23kg... mmm booolat..bab makan memang susah nak kawal budak ni..terpaksa cerita panjang kat dia..kenapa tak boleh makan banyk..kenapa mesti makan sayur..Alhamdulillah sekarang suka dah makan sayur...tapi yang tertentu jelah..paling suka sawi bunga manis tu.. makanan kegemaran masih lagi kentang..apa sajalah kalau dimasak kentang tu semua dia suka..(bahana mama dia asik kasi kentang lecek masa baby..hihi)




Adik Ariq 4 tahun 3bulan



Ada satu hari tu dia balik sekolah mama tanya dia...

Mama : ariq belajar apa hari ni?
Ariq : belajar warna2 ikut nombor..
Mama : Ariq buat ok tak?
Ariq : Ariq tak siap pun...kawan2 lain semua siap..ariq je tak siap
mama : kenapa ariq tak siapkan
Ariq : ala...tak siap pun tak pe...pun boleh jugekkk
Mama : (mula naik hantu ..dalam hati bintat jerk) 

dia balik sekolah je..kena marah dengan papa..kena denda tak boleh tengok tv..pastu kena siapkan buku2 yang mama beli kat rumah..bukan kiasu sangat tapi saya tak suka sikap sambil lewa dia..saya tak mahu dia ambik ringan bab tanggungjawab..lepas 2 minggu kena train ok dah ..semua kerja lancar.. tulisan pun makin baik..

perkataan mudah dua suku kata dia dah boleh baca dah..dia ni memang ada peel kalau dia nak sesuatu balik2 dia tanya..tapi bab menulis dan mewarna dia memang tak minat...tapi lepas kena marah hari tu sekarang dah suka menulis dan mewarna..paling suka math la...tekun kalau buat kira2...rasanya rata-rata kanak-kanak suka math kot..sebab bila saya tanya anak kawan2 pun macam tu jugak

mengaji dah baca sampai 5 ke 6 huruf bersambung...yang ni memang boleh dipuji..surah pun dan hafal 6 surah pendek..tahun depan ajar solat boleh lah dia baca  surah2 pendek..

mengurus diri..bolehlahh ...mandi ..pakai baju..tapi nak cepat je...kalau mandi kena check balik..kadang-kadang buih kat badan ada betompok tak kena bilas..mana taknya kepala ingat tv je..pakai bedak pun becapuk-capuk..

yang selalu buat saya ketawa dengan adik ariq..

Ariq : mama kalau mama dah tua ariq jaga mamakan...kalau ariq dah tua siapa nak jaga ariq?
Mama : anak ariqlah..
Ariq: siapa tu??? (buat muka paling heran)

Kakak ambik buku serangga ..

Kakak : Ariq ni apa? (tunjuk gambar serangga)
Ariq : ni kala jengking ( betul dah kala jengking)
Kakak : ni apa
Ariq : kala jengka (dah tak tau dia auta kakak dia
Kakak : yang ni?
Ariq : kala jengkung (paling auta)

Kalau kakak tanya adik ariq tak pernah gagal memberi jawapan...betul salah belakang kira...yang kakak pun lurus bendul percaya adik dia punya auta


mamasayangkamu