Apr 15, 2012

Suku Pertama 2012

Apa yang ada pada awal tahun 2012...aktiviti sekolah silih berganti...tak menang tangan mengunjungi bilik mesyuarat dan tak menang tangan memetik gambar sebab asik jadi AJK Foto dan Dokumentasi saja tahun ni...
Baju batik sekolah tahun 2012 yang sama dengan baju batik cikgu sekolah Tadika Kemas juga menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai

Pelajar cemerlang tahun ini...sedang menunggu panggilan ke Pusat Pengajian Tinggi

meja mama tahun ni ...masih seperti dulu
dengan sukantara..mesyuarat PIBG..pesta pantun..sukan bola tampar..Hari Anugerah ..minggu depan bermula teknik menjawab soalan ..mesyurat Jogaton pun dah bermula menandakan kerja-kerja belakang tabir perlu dilakukan ...dan sebenarnya baru saja menarik nafas selesai membuat Analisis SPM untuk setiap kelas dan untuk setiap subjek...Khamis ini menyusul pula mesyuarat PBS kali kedua...huhu..padat sungguh suku pertama tahun 2012..dan tak lupa juga bermula kerja-kerja membuat soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Add Math dan Fizik perlu dibuat dalam masa terdekat...huwaaa..

Apr 10, 2012

BEBAS LAMPIN


anak dara dah...

teruna mama
Kakak Zuyyin genap 3 tahun..adik ariq 2 tahun 6 bulan ..kira oklah kan..."tu pun ada jugak mak perli..alah masa korang kekecik dulu umur setahun dah tak pakai...hohoho...budak-budak sekarang malas nak atur anak kencing.."...mak tak pe ...suri rumah sepenuh masa ..anak mak lain..kerja..hehe alasan......


Alhamdulillah sejak 4 bulan lalu Zuyyin dan Ariq dah tak payah lagi pakai lampin pakai buang...selamat duit mama.... Mula-mula tu memang susah jugak...terlepas jugak sana sini...penatnyalah nak bersihkan dan mop semua...tapi lama-lama ok jugak..tapi memang kena usaha lebihlah...balik-balik kena bawa ke bilik air...sekejap-sekejap kena tanya..nak kencing tak..nak berak tak...kadang-kadang bila asyik sangat main sanggup tu tahan kencing..sampai terkepit-kepit...tu yang  tak sempat bukak pintu bilik air dah meluncur laju..

Masa mula-mula dulu nak buang air besar lah payah sikit...kena pegang tangan sebab bebudak ni cuak takut terbolos..padahal dah ada pun alas ..tapi lama-lama.."mama keluarlah ...dah sudah nanti kakak panggil"..eleh eksen..

Waktu malam pun sekarang dah bebas dari pakai lampin ..boleh dikatakan 100 lah dah tak pakai ..tapi dengan syarat sebelum tidur kencing dulu...pastu malam sebelum tidur je minum susu..lepas tu tak boleh minum lagi masa tengah malam...kalau tak memang akan terkencing..yang bagusnya kalau nak rasa terkencing tengah malam tu pandai jugak mereka kejutkan mama...

Berapa yang mama jimat untuk kos lampin bebudak ni untuk sebulan  ..RM 150....yooo  jimat duit dan kurang pencemaran..

# yang tak bestnya kalau pergi makan kat kedai mesti nak jugak gi toilet...bukan kencing pun kadang-kdang tu...saja nak melawat tandas kedai # cheeeeeeh


Apr 6, 2012

Nur Zuyyin dan Ariq



manis tak...atau ...tembam tak





Nur Zuyyin dah masuk 3 tahun 5 bulan

Kakak Zuyyin dah pandai cerita macam-macam dengan mama sekarang...

"tadi mama pegi sekolah ..kakak gaduh sama ariq..ni ariq gigit kakak...mama marahlah ariq tu..dia nakal"

panjangkan cerita dia...

"mana ade kakak buat..kakak tak usik pon..kakak tengok saja"  hoho ayat penafian

"satu kaliiiiiiiiii saja mama...mama bukak lah upin ipin" ho..mama dah penat tengok cerita ni sayang

"tu lah tu mama lambat..." bila mama lembab sikit buat tindakan

"mama ni main computer lagi........."

"cuba mama cakap..cuba mama cakap" suruh mama ulang ayat dia untuk menambah keyakinan dan sokongan..

"kejap la mama...kakak korek hidung dulu" memang ada masalah lubang hidung kecik mudah tersumbat...sian kakak

"mama..kita nak pegi jalan ke..nak pegi makan...pegi bank dulu cucuk duit...mama ada duit tak?"...aih...anak dara mama...





buah hati papa

kakak ambil bunga letak kat telingan...ariq ambik daun letak kat kepala..

Ariq dah masuk 2 tahun 10 bulan

budak ini cakap sangat laju..kadang-kadang kelajuan terlampau sampai air liur semua tesembur...haha

"ariq nak jadi imam..kat masjid dekat KK tu yang warna biru tu"  dulu nak jadi imam masjid negara..pepandai dia tukar bila pegi masjid Likas kat KK hari tu

"mama..Petronas mama...ambik minyak kat Petronas pastu kat Shell tau.." dia sangat obses dengan shell dan petronas...ada satu ketika dulu dia gi restoren sampai masuk dapur sebab nak tengok tong gas kat kedai makan tu...walaupun mak kau dulu ambik Gas Engineering kat UTM tak yah lah ko buat perangai gini nak oii

"mama traffic light mama...merah berhenti..kuning bersedia..hijau boleh jalan" yang ni dia giler jugak ulang ayat yang sama...sampai kalau kita pakai baju merah ke...baju hijau ke...baju kuning ke ariq akan ulang ayat yang sama..

dia dah kenal tulisan atau perkataan....walaupun dia tak tau membaca lagi..haha..contoh dia tahu perkataan 

"Upin -Ipin"  "petronas" "Shell" " G- Mart" "survey supermarkat" "milimewa supermaket" "TM (Telekom Malaysia)" 
" 14kg"  (merujuk kat tong gas) "boboboi" 

sangat suka tengok sinetron...mungkin dia terikut dengan maid yang tengok citer ni hari2 masa mama gi sekolah





Apr 5, 2012

Berkhemah

Seperti biasa kami sekeluarga sangat suka berjalan...kalau sehari tak berjalan keluar muka masing-masing dah macam ikan puyu..waimah dapat ke supermarket Hiap Lee kat depan rumah tu pun pun akan menyebabkan mood semua jadi lebih baik...jadi bila kaunselor sekolah menyatakan pada saya ada kem kepimpinan pada 30,31 Mac dan 1 April..saya dengan sukarelanya nak turut serta...jadi AJK lah sekali ..lalu cadangan itu saya panjangkan kepada suami untuk bawa sekali anak-anak berkhemah..dan seperti yang saya jangka..suamiku yang sangat suka aktiviti begini telah memberi persetujuan 120 peratus...

maka pada 31 Mac 2012 bangunlah saya subuh-subuh gelap menyediakan bekalan..nasi goreng kampung..nugget dan sosej goreng..itu untuk sarapan sahaja yer..belum lagi bekalan makanan kering untuk kudap-kudapan sepanjang dua hari satu malam di sana

 Inilah tempatnya : TAMAN REKREASI PAMILAAN

  
 air agak deras pagi tu...mungkin jugak sebab malam sebelumnya hujan...kami mandi kat tepi-tepi saja ..cuak jugak..maklumlah semua tak pandai berenang...masa saya sampai peserta sedang buat persiapan diri sebelum ceramah bermula..jadi saya pun klik beberapa keping gambar dan menyertai suami dan anak-anak yang tak mandi pun dari rumah sebab nak mandi kat sana...dasyatt..



kakak zuyyin berbaju tidur...adik ariq dah bukak baju dah...papa sibuk makan..yang pastinya ariq mandi sekejap je...lepas tu dah menggigil ..maklum simpanan lemak dalam badan terhad..hee hee

inilah sebahagian dari bekalan makanan kami....susu tak boleh tinggal yer...sebab dua orang budak tu masih kuat menyusu...walaupun mama sedang berusaha nak ajar minum pakai cawan...tapi kali ni masih berbotol nampaknya
 lepas mandi semua kebulur.....ariq siap ala-ala manja lagi nak berpangku...tulah khemah kami..bila malam kami bawak khemah ni naik atas...tak boleh bermalam tepi sangat dengan air...takut air naik tak sedar pulak


ni pulak khemah abang-abang dari sekolah mama yang ikut kem kepimpinan...masa ni semua tak de kat khemah sebab pergi dengar ceramah..




.masa ni aktiviti kembara..masuk air main lumpur susun batu..


 ada jugak guru yang mengambil kesempatan berduaan suami isteri sambil join kem...syokkan..bukannya selalu..teringat zaman remaja...aaww


petang selepas aktiviti kembara..ajaklah kakak ngan adik ke sini tengok abang dan kakak mandi manda












ni masa malam...kebetulan "earth hour" jadi kami tak ketinggalan memberi sokongan....adik beradik ni lom tukar baju pun...haha...hari pertama je berkali-kali mereka mandi....yang petang tu dari jam 2 sampai dekat jam 5 petang baru selesai...haihhh hantu main air sungguh la







 bersepahnya ...haha..dengan anak-anak patung segala di hangkutnya ke sini..belum lagi bantal berbulu yang tertinggal dalam kereta..agaknya kalau dah besar lagi macam2 nak bawak yer..









 ni sarapan kami pagi esoknya...roti kaya..ayam panggang...kambing muahhss  sedap bangat...














tak caya ...inilah buktinya...haha...terlampau bah ariq...semangat dia makan sayap ayam










gambar-gambar pilihan mama sepanjang perkhemahan kami


sesekali adik ariq tunjuk skill jadi model..ahakss

ini kakak isla yang sedang mencuba bakat memasak yang terpendam di lautan yang paling dalam selama ni..haha

dia ni kalau ada susu memang bahagia ..lebar senyuman




pak lawak kat rumah...ada je idea nak buat orang geram..grrr
dua beranak yang berjaya menghabiskan dua botol syampu..syabbas bete
kami nak pulang dah...byeeeeeeeee

perkhemahan yang best.....sangat suka kalau dapat gi camping lagi walaupun kaki mama macam nak putus kepenatan pergi balik mengambik gambar...




Mar 19, 2012

Desa Dairy Farm Kundasang

cantik kan?


ni sebelum masuk ..posing kat pagar ladang..






Kat Mana?
pintu masuk 


Lebih kurang 5km dari pekan Kundasang...tak jauh pon...tapi jalan sedikit berlikulah..tapi masih kategori ok..


Lepas check out dari Hotel Perkasa Kundasang..kami singgah sekejap kat sini untuk menikmati suasana pagi di ladang lembu susu..


Apa yang best..


Yang paling best ialah.. pemandangan gunung kinabalu dari sudut sini..memang terbaikkkk..rasa macam dekat sangat dengan kita gunung kinabalu tu..cam nak capai dengan tangan jer..
seronoknya mama....


Berapa nak bayar


RM3 sorang dewasa..kanak-kanak free je...boleh bawak kereta sekali masuk..


Apa yang boleh dibeli


susu segar...t shirt dan cenderamata...


.sempat jugaklah beli beberapa kotak susu segar dari ladang...harganya murahlah sikit dari supermarket ..memang enak dan memang sampai pening kepala mak cik yang ada masalah darah ni..minum banyak sangat kot..haha...


Apa lagi yang lain ..


ada jugak tunjuk proses memerah susu..dan pemprosesan susu segar...tapi masa kami datang tak sempat nak tengok...sebab proses perah lembu ni ada hari-harinya...
seronoknya kak yin

minum dulu

borong habis



Mar 14, 2012

Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa

Percutian yang tak dirancang langsung...ingatkan cuti sekolah ni nak pergi KK je bersama suami...anak-anak tinggal dengan pembantu di rumah..tetiba jue ngan izad datang rumah bagitahu nak ke Kundasang...ajak kami sekali...telefon hotel..pastu kebanyakkannya penuh..last-last telefon Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa...ada kosong lagi...RM 240 satu malam beserta sarapan pagi...oklah kan..



Pagi 13 haribulan kami bertolak ke Kundasang..jumpa Jue dan Izad kat Masjid Likas..sembahyang dan terus ke sana..budak duarang tu bukan main seronok...apa taknya dua-dua kaki jalan...lagipun dah lama tak bercuti...

Sampai sana lebih kurang pukul 4 petang...lepas tu pakat begambarlah kan...sejuk nyaman tinggi dan sangat mengujakan untuk bergambar..hoho



luar hotel...dulu namanya Hotel Perkasa sebelum ditukar nama

ada jambatan gantung ..lepas jambatan gantung tu ada chalet kalau nak sewa mahal sikit..
chalet tu  pengurusan sama gak ngan hotel

chalet nya macam kat belakang tu le...
cantik dan mahal lagi sewanya dari bilik hotel


ada jugak yang mengambil kesempatan ambik gambar kawin kat sini..
cuba lihat gambar sebelah ariq yang blurr tu..pengantin tengah posing..hihi

ni pelantar yang dibina menghadap gunung kinabalu..
memang sangat cantik pemandangan dari sini...saujana mata memandang

dah malam...masa untuk berehat 

kakak sibuk nak sikut



ruang untuk rehat dan minum-minum 

kat belakang tu spa rasanya...kalau tak silaplah...kalau silap mohon ampun..hihi

eyyaahhh

kawasan ruang parking..

bersarapan

cik ju dan izad sekeluarga

masa ni pagi...kakak yin tengah sibuk mengahayati alam...

kalau nak beri cendera kenangan ada juga dijual di sini
satu percutian keluarga yang singkat dan padat...best-best...