Apr 5, 2012

Berkhemah

Seperti biasa kami sekeluarga sangat suka berjalan...kalau sehari tak berjalan keluar muka masing-masing dah macam ikan puyu..waimah dapat ke supermarket Hiap Lee kat depan rumah tu pun pun akan menyebabkan mood semua jadi lebih baik...jadi bila kaunselor sekolah menyatakan pada saya ada kem kepimpinan pada 30,31 Mac dan 1 April..saya dengan sukarelanya nak turut serta...jadi AJK lah sekali ..lalu cadangan itu saya panjangkan kepada suami untuk bawa sekali anak-anak berkhemah..dan seperti yang saya jangka..suamiku yang sangat suka aktiviti begini telah memberi persetujuan 120 peratus...

maka pada 31 Mac 2012 bangunlah saya subuh-subuh gelap menyediakan bekalan..nasi goreng kampung..nugget dan sosej goreng..itu untuk sarapan sahaja yer..belum lagi bekalan makanan kering untuk kudap-kudapan sepanjang dua hari satu malam di sana

 Inilah tempatnya : TAMAN REKREASI PAMILAAN

  
 air agak deras pagi tu...mungkin jugak sebab malam sebelumnya hujan...kami mandi kat tepi-tepi saja ..cuak jugak..maklumlah semua tak pandai berenang...masa saya sampai peserta sedang buat persiapan diri sebelum ceramah bermula..jadi saya pun klik beberapa keping gambar dan menyertai suami dan anak-anak yang tak mandi pun dari rumah sebab nak mandi kat sana...dasyatt..



kakak zuyyin berbaju tidur...adik ariq dah bukak baju dah...papa sibuk makan..yang pastinya ariq mandi sekejap je...lepas tu dah menggigil ..maklum simpanan lemak dalam badan terhad..hee hee

inilah sebahagian dari bekalan makanan kami....susu tak boleh tinggal yer...sebab dua orang budak tu masih kuat menyusu...walaupun mama sedang berusaha nak ajar minum pakai cawan...tapi kali ni masih berbotol nampaknya
 lepas mandi semua kebulur.....ariq siap ala-ala manja lagi nak berpangku...tulah khemah kami..bila malam kami bawak khemah ni naik atas...tak boleh bermalam tepi sangat dengan air...takut air naik tak sedar pulak


ni pulak khemah abang-abang dari sekolah mama yang ikut kem kepimpinan...masa ni semua tak de kat khemah sebab pergi dengar ceramah..




.masa ni aktiviti kembara..masuk air main lumpur susun batu..


 ada jugak guru yang mengambil kesempatan berduaan suami isteri sambil join kem...syokkan..bukannya selalu..teringat zaman remaja...aaww


petang selepas aktiviti kembara..ajaklah kakak ngan adik ke sini tengok abang dan kakak mandi manda












ni masa malam...kebetulan "earth hour" jadi kami tak ketinggalan memberi sokongan....adik beradik ni lom tukar baju pun...haha...hari pertama je berkali-kali mereka mandi....yang petang tu dari jam 2 sampai dekat jam 5 petang baru selesai...haihhh hantu main air sungguh la







 bersepahnya ...haha..dengan anak-anak patung segala di hangkutnya ke sini..belum lagi bantal berbulu yang tertinggal dalam kereta..agaknya kalau dah besar lagi macam2 nak bawak yer..









 ni sarapan kami pagi esoknya...roti kaya..ayam panggang...kambing muahhss  sedap bangat...














tak caya ...inilah buktinya...haha...terlampau bah ariq...semangat dia makan sayap ayam










gambar-gambar pilihan mama sepanjang perkhemahan kami


sesekali adik ariq tunjuk skill jadi model..ahakss

ini kakak isla yang sedang mencuba bakat memasak yang terpendam di lautan yang paling dalam selama ni..haha

dia ni kalau ada susu memang bahagia ..lebar senyuman




pak lawak kat rumah...ada je idea nak buat orang geram..grrr
dua beranak yang berjaya menghabiskan dua botol syampu..syabbas bete
kami nak pulang dah...byeeeeeeeee

perkhemahan yang best.....sangat suka kalau dapat gi camping lagi walaupun kaki mama macam nak putus kepenatan pergi balik mengambik gambar...




Mar 19, 2012

Desa Dairy Farm Kundasang

cantik kan?


ni sebelum masuk ..posing kat pagar ladang..






Kat Mana?
pintu masuk 


Lebih kurang 5km dari pekan Kundasang...tak jauh pon...tapi jalan sedikit berlikulah..tapi masih kategori ok..


Lepas check out dari Hotel Perkasa Kundasang..kami singgah sekejap kat sini untuk menikmati suasana pagi di ladang lembu susu..


Apa yang best..


Yang paling best ialah.. pemandangan gunung kinabalu dari sudut sini..memang terbaikkkk..rasa macam dekat sangat dengan kita gunung kinabalu tu..cam nak capai dengan tangan jer..
seronoknya mama....


Berapa nak bayar


RM3 sorang dewasa..kanak-kanak free je...boleh bawak kereta sekali masuk..


Apa yang boleh dibeli


susu segar...t shirt dan cenderamata...


.sempat jugaklah beli beberapa kotak susu segar dari ladang...harganya murahlah sikit dari supermarket ..memang enak dan memang sampai pening kepala mak cik yang ada masalah darah ni..minum banyak sangat kot..haha...


Apa lagi yang lain ..


ada jugak tunjuk proses memerah susu..dan pemprosesan susu segar...tapi masa kami datang tak sempat nak tengok...sebab proses perah lembu ni ada hari-harinya...
seronoknya kak yin

minum dulu

borong habis



Mar 14, 2012

Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa

Percutian yang tak dirancang langsung...ingatkan cuti sekolah ni nak pergi KK je bersama suami...anak-anak tinggal dengan pembantu di rumah..tetiba jue ngan izad datang rumah bagitahu nak ke Kundasang...ajak kami sekali...telefon hotel..pastu kebanyakkannya penuh..last-last telefon Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa...ada kosong lagi...RM 240 satu malam beserta sarapan pagi...oklah kan..



Pagi 13 haribulan kami bertolak ke Kundasang..jumpa Jue dan Izad kat Masjid Likas..sembahyang dan terus ke sana..budak duarang tu bukan main seronok...apa taknya dua-dua kaki jalan...lagipun dah lama tak bercuti...

Sampai sana lebih kurang pukul 4 petang...lepas tu pakat begambarlah kan...sejuk nyaman tinggi dan sangat mengujakan untuk bergambar..hoho



luar hotel...dulu namanya Hotel Perkasa sebelum ditukar nama

ada jambatan gantung ..lepas jambatan gantung tu ada chalet kalau nak sewa mahal sikit..
chalet tu  pengurusan sama gak ngan hotel

chalet nya macam kat belakang tu le...
cantik dan mahal lagi sewanya dari bilik hotel


ada jugak yang mengambil kesempatan ambik gambar kawin kat sini..
cuba lihat gambar sebelah ariq yang blurr tu..pengantin tengah posing..hihi

ni pelantar yang dibina menghadap gunung kinabalu..
memang sangat cantik pemandangan dari sini...saujana mata memandang

dah malam...masa untuk berehat 

kakak sibuk nak sikut



ruang untuk rehat dan minum-minum 

kat belakang tu spa rasanya...kalau tak silaplah...kalau silap mohon ampun..hihi

eyyaahhh

kawasan ruang parking..

bersarapan

cik ju dan izad sekeluarga

masa ni pagi...kakak yin tengah sibuk mengahayati alam...

kalau nak beri cendera kenangan ada juga dijual di sini
satu percutian keluarga yang singkat dan padat...best-best...

Jan 24, 2012

The Real Farm Ville




macam kampungkan belakang rumah kami...(poyo)
ada pisang..kelapa..limau bali..rambutan..kuini..ubi....mangga..

muahaaa..... macam lucu je kan berkebun bagai kat taman perumahan...kebetulan belakang rumah kami ni ada tanah kosong..kadang-kadang jiran-jiran parking kereta mereka yang "berlebihan" tu kat belakang ni..tapi sebab kawasan ni biasanya terbiar maka saya dan suami pun mengambil kesempatan berbudi pada tanah...lagi pun dulu kawasan ni semak ..banyak ular..bila dah bersih rasa selamatlah sikit.

Yang  seronoknya..petang-petang bersantai dengan anak-anak kat kebun yang tak seberapanya ini..minum air kelapa..main buaian..bersihkan daun kering...seronok le budak berdua tu..

pisang batch ketiga dan keempat...wahhh

tunggu papa ..tak sabau ni
haaaa   dah dapat
posing celah pokok

yang paling heroooo

limau bali..kecik je pun


kawasan belakang rumah yang masih kosong..hoho (ada niat nak majukan)

Jan 16, 2012

16 Januari 2012

Hari ni ada jamuan perpisahan kat sekolah ..Cikgu Joseph berpindah kat sekolah baru..jamuan nasi ayam..isteri cikgu Syibli masak..nyum...nyumm sangat sedap..masa berbual tu ada cerita ngan kawan nak hantar budak dua orang tu sekolah mana...tetiba tefikir nak hantar sekolah dekat jelah...macam ok gak KSFX ni..
Pertama...dekat...senang nak urus satu kali jer..hantar mama gi sekolah hantar sekali mereka
Kedua...nak ambik pun senang
Ketiga..tengok ibu-bapa rakan guru yang hantar anak kat sini semua pun anak cepat belajar membaca
Keempat...yuran permulaan Rm600 ++ tapi yuran bulanan RM 80 sahaja...oklah tu kan...dua orang RM 160..
Kelima...tak payahlah berhentikan maid...kalau tak jenuh gak nak bayar mahal kat tadika lain pastu nak bayar maid lagi...
Yang paling penting senang nak ambik dengan nak hantar tu...huhu


bersemangat nak belajau....

yang ni...Insya Allah mama boleh ajau sendiri

Jan 9, 2012

pistol air

muncung mlut ariq nak ejas pistol air

tembak poko bunga pun jadi

tembak rumah jiran sebelah..hehe
suka yang hamat main pistol air...sana sini nak ditembaknya...dah terlampau teruja sampai jatuh pistol air..dua-dua dah pecah...paling suka tembak kucing ler ngan pistol air ..kesian budak-budak kucing menjadi mangsa pancutan air...

hari-hari pesan suruh beli pistol air baru....huhu

Jan 3, 2012

belajar menulis

kakak nur zuyyin dah mula belajau menulis...dia suka sangat...sampai herot berot mulut menggayakan nak menulis tu...adik ariq mama belikan jugak buku untuk menulis...tapi hampeh...dia gila menyonteng je pulak...sampai skrin monitor pc pun dia conteng...tunggulah masuk 3 tahun nanti...baru ajar ariq pulak...
saya nak sekolah...mama kata tunggu tahun depan..sekali dengan adik ariq..
sekarang mama je lah cikgu saya kat rumah...mama saya garang..huhu


terherot-herot

bersungguh sungguh dia

hi...peacee..
kakak zuyyin dah pandai ikut tulisan yang ada dot dot dot tu...lukisan yang dot..dot..dot tu pun dah lulus dah....dah masuk buku kedua...seronok tengok dia...