Jul 28, 2010
SAMBUTAN HARI GURU 2010
Jul 27, 2010
MENGAPA SAYA GAGAL ADD MATH
ASAS MATEMATIK YANG LEMAH
Kebanyakan pelajar yang mendapat keputusan matematik yang lemah atau mendapat A sekalipun Matematik semasa peperiksaan PMR (atas dasar nasib) akan menghadapi masalah dalam subjek ini. Matematik Tambahan itu sendiri membawa maksud kepada tambahan ilmu matematik yang sedia ada..sekiranya perkara asas seperti teknik mencari “unknown” dalam algebraic..teknik tambah tolak pecahan ….pemfaktoran ..nombor bercampur..mencari kecerunan..dan banyak lagi konsep asas ..tidak dikuasai dengan baik…guru akan menghadapi masalah untuk mengajar semula konsep asas ini setiap kali proses pengiraan..sedangkan silibus yang harus diselesaikan oleh guru sangat banyak dalam subjek ini..
TIDAK BIASA DENGAN RUMUS
Seperti diketahui…pelajar dibekalkan dengan rumus atau formula dalam peperiksaan…tetapi malangnya..pelajar kerap tersilap memilih formula atau rumus yang sesuai..sehingga kini saya sendiri menghadapi masalah pelajar yang sering tersilap menggunakan formula Arithmetic Progression untuk Geometric Progression…dalam masa yang sama pelajar perlu ingat..ada sesetengah formula mudah tidak dibekalkan semasa peperiksaan..jadi pelajar seharusnya peka formula mana yang biasa digunakan tetapi tidak diberikan semasa peperiksaan. Sekiranya pelajar sudah biasa melihat formula-formula yang diberikan semasa peperiksaan ..pelajar tidak akan panic sekiranya mendapat soalan yang formulanya tiada kerana sudah sedia maklum tentangnya lebih awal.
SALAH TEKAN KALKULATOR
Bunyinya macam lucu..tetapi itulah yang sering berlaku…maklumat dimasukkan salah dalam kalkulator..tanda kurungan tidak digunakan dengan betul..nilai jawapan yang diperolehi tidak diambil dengan tepat…belajar menggunakan kalkulator anda dengan betul..ketahui fungsi setiap butang pada kalkulator anda…kemudahan yang diberikan semasa peperiksaan..tidak digunakan dengan baik…adalah sangat rugi…
MENJAWAB SOALAN DENGAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH
Sekiranya anda seorang guru dan mendapat kertas jawapan yang bersih dan kosong…apakah perasaan anda…kecewa bukan? Anda berusaha mengajar bersungguh-sungguh di kelas..tetapi pelajar mengembalikan kertas kosong pada anda semasa peperiksaan ..sangatlah mengecewakan..kebanyakan pelajar tidak berusaha langsung untuk
Satu lagi sikap yang perlu diubah semasa menjawab soalan ialah menjawab sambil lewa sahaja..tidak menyusun atur soalan dengan kemas..buat graf tak guna pembaris..tulisan yang tidak kemas…sehingga menyusah pemeriksa untuk memeriksa kertas anda. Saya mewajibkan pelajar saya menjawab soalan kertas dua menggunakan sekurang-kurangnya 6 helai kertas jawapan (12 muka surat) kerana pelajar perlu menjawab 12 soalan untuk kertas 2…satu soalan satu muka surat…mulakan muka surat yang baru untuk soalan baru…tuliskan nombor soalan dengan jelas…sekiranya anda berbuat demikian mudah untuk anda menyusun kertas jawapan anda.
TIDAK FOKUS TIDAK MINAT
Sekiranya anda telah menetapkan Add Math sebagai subjek pilihan anda ..berilah focus dan rasa tanggungjawab terhadap subjek tersebut..sekiranya anda tidak berminat sedari awal..anda boleh memikirkan semula untuk membuat pilihan subjek yang lain..anda tidak boleh bersikap mencuba separuh jalan…berilah focus yang sepenuhnya ketika di kelas..buat latihan sebanyak mungkin..sekurang-kurangnya 10 soalan mudah sehari..dan 2 soalan aras sederhana. Latihan akan meyakinkan
Jul 7, 2010
ADAM MIRZA
Jun 28, 2010
PAMILAN
cuti hari tu ..stelah boring yang amat sangat sebab asyik menanda paper...maka pagi-pagi buta bangun..masak nasi lemak..pastu gi sini bersarapan...sambil mendera cik yin suruh mandi...haha
setelah penat bermandi-manda..balik semua kepenatan...puas hati..
bersemangat ariq makan nasi lemak mama...sambal tak de pun..nasi lemak ngan ikan goreng je...suka pulak budak bujang ni...
Jun 19, 2010
SELAMAT MELANGKAH KE FASA BARU
wajah gembira masa daftar matrik hari tu (gambar diambil dari blog kakngah..kredit untuk kakangah...serius ..aku tak de gambau budak ni yang senonoh sikit)
Yang bagusnya...kat Johor ni ramai betul suku sakat dan saudara mara...abang ngah pun duduk Pasir Gudang je...kalau nak balik melaka boleh tumpang abangah .hehe..lagipun semua macam dah biasa ngan UTM ni...tak delah susah sangat..
Jun 9, 2010
Mengisi Masa Cuti
ariq pun suka jugak...gelak sakan...dia memang sangat gembira kalau bersama ngan kakak nya..kadang-kadang dengki pun iya jugak..haha...suka sangat menyakat kakak
May 25, 2010
Rumah Pertama Kami
masa saya beli dulu harga rumah ni baru 193K tak sampai setahun harga dia naik sampai 230K...cepatkan..dan itulah antara sebab saya beli awal..kalau nak tunggu sampai pindah balik melaka baru nak beli ..ntah berapalah harganya nanti..pastu insuran pun mesti mahal sebab umur dah banyak...
saya beli guna gvmnt loan..full loan lagi tuh..25tahun...start mac tahun lepas potong gaji...aduh..baru habis setahun...ada lagi 24 tahun lagi tu.....ntah bila lah nak dapat duduk sini...macam lama je lagi kat Sabah ni
May 23, 2010
Selamat Hari Guru
May 18, 2010
PEPATAH PARSI
May 11, 2010
KERING
bila kali terakhir saya rasa jiwa saya benar-benar segar..basah dan menyenangkan...dulu...dulu....zaman belajar di UTM...sungguh..saya rindu jiwa yang segar itu..bersihnya hati saya waktu itu..dan hari-hari yang dipenuhi dengan ilmu dan mengejar ilmu...saya rasa ..saya sekarang tidak sebaik dulu..kurang istiqamah..sedangkan saya perlu jiwa basah dan segar itu untuk mendidik anak-anak...aduhai...cuba berlari dan mencari semula perhentian baru..berhijrah mencari dunia lama...kerana di sana saya rasa kesegarannya...
Ya Allah..berilah aku kekuatan menjadi isteri yang solehah...ibu yang mithali..guru yang dedikasi...anak yang baik..kakak yang membimbing..Amin..amin..Ya Rabbal A'lamin.