Jan 15, 2014

Melaka Planeterium



JOM belajar astronomi


Kami ke sini masa cuti hujung tahun lepas...tempat ini adalah tempat yang paling sesuai untuk menjawab pertanyaan anak bujang saya yang baru nak masuk 5 tahun tu tentang meteor..

oh..saya dah tak larat nak jawab kalau dia tanya meteor tu apa...lepas bumi ada matahari ada bintang ada planet lepas tu ada apa lagi...lepas tu cerita tentang tahi bintang tak sudah-sudah..JADI kami bawa dia ke sini untuk menjawab semua persoalan dalam kepala..


sebenarnya saya tak pernah pun ke Planeterium Melaka ni...ini adalah kali pertama..


Waktu dibuka

ISNIN -JUMAAT : 8.30pagi-5.30petang
SABTU -AHAD : 9.00pagi-6.00petang


Berapa bayaran masuk?

RM10 sahaja untuk orang dewasa
Kanak-kanak bawah 7 tahun PERCUMA
Pelajar sekolah rendah RM 5.00 (RM 4.00 kalau datang berkumpulan)
Pelajar sekolah menengah dan IPT : RM 7.00 (RM6.00 kalau datang berkumpulan)
* kalau cikgu sains form 3 rajin nak atur program lawatan sesuai sangat ...untuk memenuhi 2 chapter terakhir form 3



Apa yang paling best kat sini

3D Space Theater..

dengarnya sistem teater ni antara yang canggih di Asia..Lengkap dengan teknologi seni audiovisual (dengan Evans dan Digistar 3 serta sistem Sutherland~kombinasi yang kuat perkakasan dan perisian yang mampu menjana mendalam imej kubah penuh dengan masa nyata 3D komputer grafik, simulasi astronomi dan video kubah penuh) 

Rangkaian filem 3D yang ada mempunyai semua maklumat pendidikan untuk semua yang menjanjikan mereka yang unik pengalaman cakerawala benar-benar menakjubkan. apa taknya..rasa cam matahari nak jatuh kat muka dah...dahlah tempat duduk tu kita kena macam baring sikit...seolah2 baring tengah padang sambiltengok bintang kat langit...jakun giler sebab tak pernah tengok screen bentuk kubah...haha..


selepas menonton






tempat ni muat 250 tempat duduk..

bujang kecil saya adalah orang yang paling teruja sekali..sekejap-sekejap dia pandang saya sambil buat muka kagum...hahaa..



dia sangat bangga sebab dia tahu mana BUMI...huhu



selain teater banyak jugak sejarah angkasawan dunia di ceritakan di ruang pameran..tak ketinggalan jugak replika kapal angkasa .. 

No comments: